Tempias aura Maher Zain di blog picisanku ini

by Ummi Hanie on December 13, 2010

in Umum

bismillah

gue minat nasheed nye bukan tuannye
 
Siriyesss … semasa membuat entri “The Chosen One by Maher Zain (Video Clip Inside)” , tak terlintas nak main SEO . Pakai hantam , pakai tarammm saja buat entry sebab suka sangat dengan video clip The Chosen One tu . Tak sangka pula kesan tempias aura Maher Zain ni melekat lama di blog picisanku ini hingga tampil di muka surat pertama carian enjin paling popular di dunia , GOOGLE selama berbulan-bulan . Masih lagi kekal di ranking ke-3 daripada 5 juta lebih carian untuk kata kunci “maher zain video clips” . Fuhh …
Bukanlah nak berbangga sakan apatah lagi riyak . Cuma agak terkesima dengan result itu . Puncanya lepas saja-saja mengintai keyword dalam Nuffnang . Teruslah cuba try test eksperimen taip balik keyword tu dalam carian Google . Memang soheh keluar link blog saya di situ . Tapi , nak kata trafik melebat tak adalah sangat . Masih biasa-biasa saje …  
kalau still tak clear juga , KLIK imej untuk tumbesaran ;)
So , apa kesimpulannya ? Yang saya dapat simpulkan sikit ialah …. trafik percuma akan terhasil apabila link website kita berada dalam senarai carian search engine . That’s why bloggers termasuk sayalah dok sibuk ping sana , ping sini , main ping pong , makan roti pong .. eh ! ;p PING ni pulak kerjanya akan senaraikan link kita dalam carian search engine tu lah .
Sebab tu bloggers otai yang terer main SEO tak payah sibuk2 nak buat blogwalking ke sana ke mari sebab link blog mereka sentiasa mesra enjin carian . Setuju ?
Ummi Hanie

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: