Tekanan darah anda… normal atau tidak ?

by Ummi Hanie on May 10, 2011

in INFO, kesihatan

Salam bersua kembali. Buat ke sekian kalinya tak menghapdet blog untuk beberapa hari. Harapnye kome semua sihat-sihatlah yea.. ;)

Minggu lepas planning asalnya tak ada pun nak balik ke kampung sebab minggu sebelumnya dah balik. So ingat nak tersukan ajelah agenda tersendiri di tempat sendiri. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan… anak kepada tok saudara sebelah suami (pangkat makcik walaupun usianya muda sedikit drpd suami) pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Innalillahi wainna ilaihi rajiuun. Sebelum ini memang ada dengar arwah sakit-sakit tapi tak pasti sakit apa. Akhirnya arwah dibawa ke Hospital Besar Ipoh (now,Hospital Raja Permaisuri Bainun), nazak 2-3 hari di situ dan akhirnya meninggal. Dua orang anak yang masih kecil ditinggalkan … Sedih dan sayu je saya tengok wajah anak-anak tu… Kedua-duanya sebaya anak sulung dan anak kedua saya. :(

Ok tutup cerita itu. Pagi semalam encik hasben bawak saya ke klinik panel di dalam USM. Sebab ditengoknya saya lembik aje pagi tu. Memang selalu macam tu pun… Lesu memanjang. Mujurle saya ni tak bekerja kan? Letih-letih, lesu-lesu boleh aje berbaring di katil bila-bila masa. Alhamdulillah :) . Cuma pagi semalam tu saya agak sedikit pitam. Bila berdiri je rasa macam nak tumbang.

Saya memang sedia maklum yang saya ni ada anemia sikit (penyakit darah cair). So that means tekanan darah adalah rendah. Check kat nurse (sebelum check dgn doktor), memang sah lagi soheh… Bacaan tekanan darah saya cuma 90/60 sahaja… Kira rendahlah tu. * 90 = tekanan sistolik , 60 = tekanan diastolik.

Bacaan tekanan darah yg normal ialah ;

Tekanan sistolik = 120 – 139 mmHg

Tekanan diastolik = 80 – 89 mmHg

Katakan bacaan tekanan darah kome;  130/85. Ha tu kiranya NORMAL. Dan katakan bacaan tekanan darah kome; 110/70. Itu dah dikira tekanan darah rendah. Macam sayalah. ;) Kalau lebih daripada had yang ditetapkan, itu dah jadi kes lain pulak. Itu namanya tekanan darah tinggi @ High Blood Pressure (HBP) @ Hypertension. Ok nak baca lebih lanjut moh aje ke laman web Info Sihat. Macam-macam informasi kesihatan ada di situ.

Tapi , tahap anemia saya ni taklah teruk sangat. Masih tahap biase2 aje. Ubat untuk penyakit ni; kena banyak makan kerang dan hati haiwan. Itu dua contoh paling popular lah. Makan makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi. Doktor yang merawat di klinik bersalin tu pesan; “Makan ikan bilis je banyak2 …. senang “ ;) . Memang kebetulan kot. Sekarang ni selera saya nak makan ayam agak kurang. Memang rasa sedap sangat @ selera makan ikan bilis yang digoreng. Tapi, darah saya tetap cair jugak. Nasib badan….

Apa kata Wikipedia tentang Anemia ?

Anemia, perkataan yang berasal daripada bahasa Greek (???????) yang membawa pengertian “tiada darah”, merujuk kepada kekurangan sel darah merah (RBC) dan/atau hemoglobin. Ini mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu, dan mengakibatkan hipoksia; oleh sebab semua sel manusia bergantung kepada oksigen untuk hidup, tingkatan-tingkatan anemia yang berbeza-beza menimbulkan pelbagai masalah. Hemoglobin (protein yang membawa oksigen di dalam sel darah merah) harus hadir untuk memastikan pengoksigenan yang mencukupi bagi semua tisu dan organ badan.

Tiga kelas anemia yang utama termasuk:

  1. kehilangan darah akut (mendadak) yang berketerlaluan (genting seperti dalam kes pendarahan akibat kecelakaan, atau kronik (melalui kehilangan darah isi padu rendah dalam jangka masa lama);
  2. pemusnahan sel darah yang berterlaluan (hemolisis); dan
  3. pengeluaran/penghasilan sel darah merah yang kurang (hematopoiesis yang tidak berkesan).

Bagi wanita-wanita yang datang haid, kekurangan ferum dalam diet merupakan satu sebab yang umum untuk kekurangan pengeluaran sel darah merah.

Anemia merupakan gangguan darah yang paling biasa. Terdapat berbagai-bagai sebab yang mendasari anemia. Anemia boleh digolongkan melalui berbagai-bagai cara, berdasarkan morfologi atau bentuk sel darah merah, mekanisme etiologi, dan simptom klinikal yang boleh dikesan, antara lain.

Kome dah check ke tekanan darah yang terkini? Apa-apa pun… jagalah kesihatan kita bersama-sama ye. Prevention is better than cure ! Sekarang ni alat untuk memeriksa tekanan darah pun dah dijual di farmasi-farmasi. Tinggal nak keluarkan $$ jer ;p .

p.s : tenkiyu so much dear hubby yang nolong buat kuah laksa…. kesian bebenor beliau kat awok yang asik tak lalu makan jerr…. dapat laksa baru jalannn :p

Incoming search terms:

{ 39 comments… read them below or add one }