UmmiHanie.com ~ WAHM Blogger Anak Ramai

Lifestyle. Parenthood. Annisa Health Beauty. HAUS Cosmetics

Menu
  • Home
  • HAUS Cosmetics
  • Set Bersalin Moden
  • Kehamilan
  • Travelog Langkawi
    • Percutian Awesome di Aseania Resort Langkawi
    • Langkawi Bird Paradise
  • Sutra Shopee
  • Alexa Rank & PR
  • Hubungi Saya
    • Siapa Saya
  • Peta Laman
Menu

Teka Teki IMAM GHAZALI

Posted on September 8, 2017March 6, 2018 by Ummi Hanie

Bismillahirrahmanirrahim …

 

Soalan pertama

Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1 : Orang tua

Murid 2 : Guru

Murid 3 : Teman

Murid 4 : Kaum kerabat

 

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar.

Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang

bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran:185) .

 

Soalan kedua

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1 : Negeri Cina

Murid 2 : Bulan

Murid 3 : Matahari

Murid 4 : Bintang-bintang

 

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar.

Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.

Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu.

Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang

dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

 

Soalan ketiga

Iman Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1 : Gunung

Murid 2 : Matahari

Murid 3 : Bumi

 

Imam Ghazali : Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah

HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179).

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin

dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami

dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak

mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai

telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat);

mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi;

mereka itulah orang-orang yang lalai. ” (Surah Al-A’raaf, Ayat 179)

 

Soalan keempat

Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia ?

Murid 1 : Baja

Murid 2 : Besi

Murid 3 : Gajah

 

Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah

MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini.

Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah. Nauzubillah.

Soalan kelima

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1 : Kapas

Murid 2 : Angin

Murid 3 : Debu

Murid 4 : Daun-daun

 

Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT.

Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat. Na’uzubillahiminzaalik.

 

Soalan keenam

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali didunia ini ?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini

adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

 

Macammana ?

Dahsyat tak dahsyat teka teki Imam Ghazali ni. Bijak sungguh orangnya …

Doalah semoga kita dapat zuriat seperti beliau … Amin ~

 

 

Tweet
Fb-Button

7 thoughts on “Teka Teki IMAM GHAZALI”

  1. Ibuhani says:
    May 6, 2010 at 12:05 PM

    >teka teki yg menginsafkan k.ani….. :)

    Reply
  2. Ummi Hanie says:
    May 6, 2010 at 3:06 PM

    >dan semua juga….

    Reply
  3. AiZ says:
    May 7, 2010 at 3:16 AM

    >amin… moga ummie dapat zuriat sepertinye.. ^__^

    Reply
  4. nza says:
    May 7, 2010 at 3:14 AM

    >Seorg guru yg sarat ilmu di dada…..

    Reply
  5. Ummi Hanie says:
    May 7, 2010 at 10:23 AM

    >nza : yup..sukar dicari ganti..aiz : amin ya rabbal alamin ! thanx dik

    Reply
  6. TK says:
    May 7, 2010 at 12:55 PM

    >Sangat Benar jawapan Imam Ghazali utk semua teka teki tu. Satu peringatan utk kita semua..Thanks for sharing this..

    Reply
  7. Ummi Hanie says:
    May 7, 2010 at 4:45 PM

    >TK : u r welkem …yup satu peringatan yg sgt mendalam utk kita semua renungi…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

~ Engagements ~

Sebarang pertanyaan, Job review produk/pengiklanan/advertorial?

Hubungi Saya.

atau

Emel: ummihanie@gmail.com


Google PageRank Checker







La Beauty Glam Foundation 5 in 1

UmmiHanie pengguna setia La Beauty. Klik untuk pertanyaan/pesanan via Whtsapp

Site Statistics

  • Users online: 0 
  • Visitors today : 68
  • Page views today : 72
  • Total visitors : 287,243
  • Total page view: 824,227
© 2019 UmmiHanie.com ~ WAHM Blogger Anak Ramai | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme