TATTING and ME …

 

 

TATTING ? What is that ? Tentu anda tertanya -tanya apekejadahnyer TATTING ini bukan ? TATTING ialah sejenis kerjatangan kreatif selain daripada knitting , crochet , cross-stitch dan sebagainya …

 

Tatting mempunyai benangnya yg tersendiri tapi disebabkan agak susah sikit nak dapatkan di Malaysia , maka benang mengait (crochet) pun boleh digunakan … Oh ya , anda boleh shopping online utk dapatkan benang2 ini . Saya biasanya order dari kakak saya yg tinggal di New Zealand tu . Sana banyaklah stok benang ni . (thanks to Kak Inda .. selalunya dia bagi free jer ! ) Shuttle (jarum tatting) pula boleh didapati di kedai2 kraf tertentu . Tak banyak stok di Malaysia ni , dan harganya agak mahal , ada yg RM12 sebatang .. RM16 pun ada . Fuhh .. !!

 

Tatting ni agak rare sikit di Malaysia (saya rasalah .. ) dan saya dapat ni pun hasil turun temurun daripada ibu dan moyang saya . Dlm adik – beradik saya , saya seorang sahaja yg berminat nak mempelajari dan mewarisi seni tatting ni … Kakak2 saya tak berminat lah ! Huhu … So , saya pun belajarlah daripada emak saya seni asasnya dahulu .. Alhamdulillah , kini saya memang sudah sedikit mahir membuat tatting dan pernah juga menerima tempahan ! Wow .. Haha … InsayaAllah , seni ni akan saya perturunkan pula kepada anak2 perempuan saya … Harap2 diorang berminatlah .
Tempahan pertama dari jiran sebelah kiri rumah (Ini cerita 5 tahun dahulu yer) . Mak Cik nOr namanya . Beliau menempah saya membuat Tatting di sekeliling tudungnya . 2 pasang dia bagi tu . Saya pun menerima lah tempahan beliau dgn rela hati dan sedikit berdebar2 .. Maklumlah … kerja tempahan yg pertama kali … Dan , saya berjaya habiskan tempahan tersebut dgn jayanya . Saya ambil tempahan tu , klau tak silap saya lah , RM7 semeter . Hmmm … ikutlah berapa meter yg diperlukan .

 

Tempahan kedua pula lebih mencabar , iaitu dari jiran sebelah kanan pula . Hehe ..main tempah2 dgn jiran2 dulu … Mak Cik Azizah namanya . Beliau menempah saya membuat tatting di sekeliling cushion cover beliau sebanyak 4 pasang . Wah .. mencabar jugak ni . Tapi takpe , saya terima jugak sebagai cabaran buat diri saya . Yes , saya berjaya sekali lagi ! Hasilnya memang memuaskan hati beliau dan saya ambil tempahan tersebut sebanyak RM8 semeter (saiz lebih besar dari tempahan pertama ) . Unik katanya . (wahahaha)
Sebenarnya , dah lama saya tinggalkan tatting ni . Anak2 kecik asyik mengganggu , so takde konsentrasi lah .. Mood pun kureng .. Hehe . Baru2 ni , saya korek2 balik almari saya dan lihat semula hasil tatting yg telah saya buat . Ada projek terbengkalai (renda tepi tudung) yg entah bila nak disiapkan . Takde mood lah .. nak buat macam mana ? Tapi , akhir2 ni , mungkin sebab expecting kot (ehem !! ) , saya macam terbayang2 jer benda tatting ni . Rasa mcm mood tu dah datang balik . Yes , saya start buat balik dan steps nya masih tak kulupa ! Alhamdulillah …

 

Ini ialah gambar jarum tatting (shuttle) seakan yg saya miliki  …

 

 

 

 

 

 

tatting pattern

 

 

Contoh2 seni tatting berupa renda yg boleh saya buat …

Pic yang last tu mmg sebijik dengan yang biasa saya buat

 

 

hmm ….

Next time saya akan edit post ni dan letakkkan gambar2 real tatting saya yer ?

Dah lama tinggal balik tatting ni , tapi baru² ni masa bercuti di KL , sempat jugaklah curi² masa mengubat rindu buat tatting ni balik. Alahaiiii ~ sekarang ni teringin sangat nak buat pattern kombinasi macam ni ;

 

 

dan juga macam ni ;

 

 

Coz biasanya saya tahu buat jenis memanjang saja (renda) . Tak pandai lagi nak sambung²kan ke sana ke mari … Jelesss tengok makcik saya di Singapura tu boleh buat design macam alas cawan di atas tu . Kreatif dan perlukan sedikit kesabaran .

 

 

Berminat ? PM me for tempahan (renda tepi tudung , cushion covers , saprah , etc ..)
Hmmm .. get ready to be extra busy back !!

bye … ~ 

 

 

p.s : Ini entri republish sebab mood tatting mula datang balik sedikit demi sedikit …

 

 

Incoming search terms:

29 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *