UmmiHanie.com ~ Suribisnes Blogger Anak Ramai

Lifestyle. Parenthood. AnnisaBeauty. HAUS Cosmetics leader #TeamSuriCantik

Menu
  • Home
  • HAUS Cosmetics
  • Set Bersalin Moden
  • Kehamilan
  • Travelog Langkawi
    • Percutian Awesome di Aseania Resort Langkawi
    • Langkawi Bird Paradise
  • Sutra Shopee
  • Alexa Rank & PR
  • Hubungi Saya
    • Siapa Saya
  • Peta Laman
Menu

Entri Meletops Top 3 ~ 24jam lalu

  • Update pertukaran nombor telefon di mesin ATM 27 views
  • Kisah lucu roti pong 7 views
  • Hari dan hikmahnya dalam Islam 7 views

UH on Media

hanisah fadzil sahabat tabung haji 1435H

Jom buat side Income

  • Bisnes buat Pau/Pizza/Roti stail hotel
  • Bisnes Deko Kek
  • Bisnes Roti Canai & Murtabak Sedap
  • Ejen HAUS Cosmetics
  • Rahsia buat duit dengan Menulis

Tarikh Lihat anak Bulan Syawal 29 Ogos 2011 ini

Posted on August 25, 2011 by Ummi Hanie

 

Insyaallah , 29 Ogos ini merupakan tarikh rasmi untuk melihat anak bulan Syawal di sebanyak 30 lokasi seluruh negara bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.

 

KUALA LUMPUR: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.

Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini, kawasan yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal ialah di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka; Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Manjong; Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; dan Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah.
Di Terengganu ialah di Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu di Kelantan; dan Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berinchang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang.

Tempat melihat anak bulan Syawal di Perlis ialah di Kuala Sungai Baru; Menara Kuala Lumpur di ibu negara; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah. – BERNAMA

 

-kredit

 

Hmmm …. setahu sayalah , di Malaysia ni , raya memang ikut kalendar . Betol tak ?? Kalau kalendar tu dah tulis 1 syawal jatuh sekian hari, maka hari itulah kita beraya . Tengok anak bulan ni …. macam buat syarat jer . Wallahua’lam . Takmau komen lebih² karang kena saman pulok ! :p

 

Kawan-kawan sume tentu dah shopping sakan dan siap menghias rumah kan? Saya sekeluarga buat persiapan ala kadar jer … taklah sampai terlalu membebankan diri. last minute ni baru nak shopping baju raya anak²,kasut,kuih raya,blablablabla . Baju raya kita ade le sehelai dua , anak² lebih diraikan … biasalah …. mereka yang seronok sakan bila nak raya ni kan ? Kita mak bapak ni pening² kepala nak memikirkan macam² perkara . Tapi , rasanya raya tahun ni meriah sikitlah sebab kami dapat beraya di perantauan yang tak berapa perantauan pun … hehehehe …. balik raya nantilah baru story mory okeh !

 

 

Tweet
Fb-Button

9 thoughts on “Tarikh Lihat anak Bulan Syawal 29 Ogos 2011 ini”

  1. Hans says:
    August 25, 2011 at 3:57 PM

    hehehe
    amacam sis?
    den baru siap buat kuih raya
    hehehe

    amboi rajennya buat kuih raya !!

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      August 25, 2011 at 5:21 PM

      sis baru beli sejenis dua jer..nk buat tu , ntah ler… hehe..nk sponsor ke ? :p

      Reply
  2. puan kutu says:
    August 25, 2011 at 6:37 PM

    balik kmpg mana kak?hehe ok faham..nti tggu entri raya..:)
    puan kutu ada entri terbaru… jom baca GA Sapa Nak Shawl Nie?My Profile

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      September 14, 2011 at 6:03 PM

      hmm..suda tau kan ? hehe :p

      Reply
  3. Yati says:
    August 26, 2011 at 3:26 PM

    Wah, beraya di perantauan? :)
    Sama la, persiapan raya cuma ala kadar. baju raya sepasang sorang. Cuma encik abe kak Yati ni, tak nak beli, sebab dah ada banyak baju melayu. Selamat ya!

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      September 14, 2011 at 6:01 PM

      aah kak yati..perantauan yg paling dekat…Singapura ;)

      thanx kak..doakan yer

      Reply
  4. UAS says:
    September 2, 2011 at 2:10 PM

    Assalam Hanie,

    Dikesempatan ni nak ucapkan Selamt Hari raya utk Hanie sefamily.Moga Syawal kali ni memberikan 1001 Rahmat buat kita semua….insya Allah.

    Salam sayang dari Perantauan.
    UAS ada entri terbaru… jom baca Salam Aidilfitri 1432H Dari Kami di PerantauanMy Profile

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      September 14, 2011 at 5:59 PM

      wslm UAS ,

      salam aidilfitri buat UAS sefamily juga … :)

      Reply
  5. Ummi Hanie says:
    September 14, 2011 at 6:03 PM

    ade yg dpt awal,ade yg dpt last minit mcm sy punye sndiri :p

    aik…minat lak dia jalan jem ?

    Reply

Leave a Reply to Ummi Hanie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

~ Engagements ~

Sebarang pertanyaan, Job review produk/pengiklanan/advertorial?

Hubungi Saya.

atau

Emel: ummihanie@gmail.com


Google PageRank Checker





HAUS Matte Velvet Compact Foundation

KakNisalopa TeamSuricantik HAUS

Info MVCP

Matte Velvet Compact Powder (MVCP) ialah bedak kompak terkini keluaran jenama HAUS Cosmetics keluaran kilang GIM Cosmetics.

MVCP price: RM 79 (Promo Price RM65 only!) *klik gambar UmmiHanie untuk buat pesanan via Shopee. Tq!

KKM-Approved: : NOT191007569K

MVCP Function:

  • Anti Aging
  • High Antioxidant Source
  • Prevents from Acne Problems
  • Hydrates to the inner skin layer
  • Act as moisturizer to the skin
  • Reduce Damage of cell/DNA from UV Rays
  • ‘Sebum Fixer’
  • ‘Shine Eraser’

 

Klik utk join HAUS #TeamSuriCantik ! :D


Khazanah Blog

Baca blog dalam emel

KLIK IKON =>

Site Statistics

  • Users online: 0 
  • Visitors today : 34
  • Page views today : 35
  • Total visitors : 303,085
  • Total page view: 841,719

Trending 2day

  • emma maembong
  • gambar boboiboy
  • tanda awal kehamilan minggu pertama
  • boboiboy wallpaper
  • keputusan upsr 2012

RSS Denaihati.com

  • Mendapat naungan di akhirat kelak bagi orang yang bersedekah

RSS Top Komentator – AkuBioMed.com

  • Mee Hassan @ Mee Bodoh Femes di Tengkera Melaka
© 2021 UmmiHanie.com ~ Suribisnes Blogger Anak Ramai | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme