Tarikh Lihat anak Bulan Syawal 29 Ogos 2011 ini

 

Insyaallah , 29 Ogos ini merupakan tarikh rasmi untuk melihat anak bulan Syawal di sebanyak 30 lokasi seluruh negara bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.

 

KUALA LUMPUR: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.

Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini, kawasan yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal ialah di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka; Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Manjong; Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; dan Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah.
Di Terengganu ialah di Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu di Kelantan; dan Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berinchang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang.

Tempat melihat anak bulan Syawal di Perlis ialah di Kuala Sungai Baru; Menara Kuala Lumpur di ibu negara; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah. – BERNAMA

 

-kredit

 

Hmmm …. setahu sayalah , di Malaysia ni , raya memang ikut kalendar . Betol tak ?? Kalau kalendar tu dah tulis 1 syawal jatuh sekian hari, maka hari itulah kita beraya . Tengok anak bulan ni …. macam buat syarat jer . Wallahua’lam . Takmau komen lebih² karang kena saman pulok ! :p

 

Kawan-kawan sume tentu dah shopping sakan dan siap menghias rumah kan? Saya sekeluarga buat persiapan ala kadar jer … taklah sampai terlalu membebankan diri. last minute ni baru nak shopping baju raya anak²,kasut,kuih raya,blablablabla . Baju raya kita ade le sehelai dua , anak² lebih diraikan … biasalah …. mereka yang seronok sakan bila nak raya ni kan ? Kita mak bapak ni pening² kepala nak memikirkan macam² perkara . Tapi , rasanya raya tahun ni meriah sikitlah sebab kami dapat beraya di perantauan yang tak berapa perantauan pun … hehehehe …. balik raya nantilah baru story mory okeh !

 

 

10 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *