TAG tentang ANAK

Lama tak main TAG² kan . Kali ni saya dapat dari Murni a.k.a. Puan Kutu yang sebaya dengan saya . TAG kali ni berkisar tentang ANAK sahaja.Jom layannn~

 

1. How old were you when your first child was born?

Pembaca setia blog ni mesti dah tau punye kan . So , biarlah rahsia ? Ok laa…saya bagitau laa … 18 tahun . Percaya tak ? ;)

 

2. What month and year was your youngest child born?

Kebetulan saya baruuu saja melahirkan anak 2 minggu yang lepas.Tarikhnya 30 haribulan Oktober …. 2011 . :)



3. How did you feel when you first found out you were pregnant?

Untuk pengalaman mengandung yang latest lah yer … hmm,bila mula rasa tak sedap badan tu,dah syak dah mengandung.Check UPT (urine test),kompommm ado .. positiff.Perasaan tu bercampur baur juga sebab tanggungjawab makin bertambah tak gitu.Tapi dalam masa yg sama rasa HAPPY pun ada sebab bakal menimang baby baru yg sangat wangi ;)



4. Who did you tell first?

Of coz laaaa encik suami.Dia lagi eksaited dari empunya badan yang mengandung ni. :p


5. How many pounds/kg did you gain during your first pregnancy

Berat asal pun tak le ringan sangat … masa baru² kawin tu iye ler masih ringan , under 50kg lagi. Saat² akhir mengandung tu ade la dalam 63kg kalo tak silap.So , kira sendirilah berapa banyak berat yang bertambah itew…


 6. What did you crave while you were pregnant?

Tak ada pun yang pelik² macam nak makan epal biru ke , kijang emas ke …tak ade,tak ade.Saya ni bertimbang rase orangnye,tak menyusahkan suami. ahakssss…. statement tak boley blah ! :p Yang biasa² je saya teringin… contohnya nak makan pizza , yong tau foo , cheesy wedges



7. Did you find out the gender of your first child? Why or why not?

Seingat saya , jantina anak pertama memang tak diketahui.Lagipun,saya memang suakan surprise …. hehe :p . Kalau masa scan perut tu ternampak,ok la alhamdulillah , kalau tak nampak pun ok jugak … tak kesah ~



8. Did you have any complications during your pregnancy?

Syukur ALHAMDULILLAH setakat mengandungkan mereka berLIMA ni , tidak ada sebarang komplikasi. Minta dijauhkan ….



9. How much did your first child weigh?

Anak pertama saya boleh tahan beratnya … 3.8 kg ;)

10. Was your first child early, late, or on time?

Masa saya belek² balik “kad merah” anak² saya , saya dapati mereka semua lahir ketika sudah due atau awal sehari je sebelum due,kecuali anak kedua…Lahir awal 2 minggu dari tarikh due.

Anak sulung tu memang betul² pada tarikh due sebab tak ada sebarang tanda yang turun,makanya dimasukkan terus ke dalam labour room dan diinduced.Maybe sebab saya ada kencing manis masa mengandung tu.So,baby takleh overdue.

 

 Ketahui RAHSIA minyak kuat … ??

 

11. What is the most difficult challenge or health issue that any of your children have faced?

Anak ketiga tu kot … Munirah @ Onie . Masa baby sampai umur 2 @ 3 tahun,dia selalu menangis sampai tak keluar suara.Naik biru² mulutnya dan tiba-tiba dia akan ‘pengsan’ sekejap. Dadanya juga selalu kedengaran bunyi kahak yang tersimpan. Kalian boleh baca kisah Munirah masuk wad dalam entri “Bertemu kerabat diraja Perak” . Sekarang syukur masalah² itu semua sudah hilang dgn sendiri ….

 

Kakak juga tak kurangnya … selepas dilahirkan,ada jaundis yang tinggi & paru-parunya dikesan ada sedikit jangkitan kuman,mungkin akibat tertelan air ketuban.So Kakak dimasukkan ke wad NICU (newborn punye ICU) . Sedihnya hati ni bila tengok badannya penuh dengan wayar di sana sini.Ada dalam seminggu juge lah dalam NICU tu. Dengan tak berbajunya,kena pula berbaring di bawah sinaran lampu biru tu …

 

12. What’s your favorite part of being a mom?

Bila orang kata saya muda tapi anak dah ramai… buleh?  Haha … :)



13. Do you think it’s easier to be a mom or a dad?

Dua² ada tanggungjawab tersendiri … sama berat rasanya.Tapi dalam Islam,semua jenis pemimpin akan disoal di hadapan Allah nanti dan pemimpin dalam rumahtangga ialah ayah/suami. Akan tetapi,perempuan juga akan disoal tentang tanggungjawab terhadap anak-anak …
 14. What is the best piece of advice you could give to someone who is about to have their first child?

Percayalah , melahirkan anak merupakan jihad (perjuangan/pengorbanan) BESAR seorang wanita. Keluar sahaja anak dari dalam rahimnya , maka bersihlah segala dosanya sepertimana bersihnya bayi yang baru lahir itu drpd dosa.Setiap kesakitan itu ada ganjarannya … hanya kaum wanita saja diberi anugerah melahirkan anak ni ….
15. Did you always think you’d have kids?

Errr … soalan apa ni yek ? Tak berapa paham … tapi saya cuba jawab juge ye. Sudah tentu saya pernah berangan untuk memiliki anak ;) .

 

16. What’s been the biggest surprise about motherhood?

Kejutan menjadi seorang ibu ? Almaklumlah , orang tak pernah ada adik,tup-tup terus kena bela anak sendiri.Mestilah terasa kekok pada mulanya.Dahlah kawin muda… :p Tapi itu cuma sementara… memiliki anak sendiri merupakan kebanggan bagi seorang yang bergelar isteri.Tak lengkap rasanya jika tidak memiliki cahaya mata dalam rumahtangga.
17. Are there things you miss about life before kids?

Saya hanya ‘kosong’ 6 bulan saja sebelum dapat anak sulung.so,tak sempat sangatlah nak missed apa² kan … cuma,teringin le juga sesekala nak berjalan berdua @ berhoneymoon semula dgn encik suami … ekekeke ~ insyaAllah ada rezeki nak pergi haji bersama nanti.Sedang tunggu turn ;)
18. How many children do you have?

Sudah 5 orang , alhamdulillah …


19. Do you plan to have any more children?

Oh,soalan cepumas ! Nak jawab jujur ke tak jujur nih? :p Setakat ni,5 orang dah rasa cukup meriah.Kemudian² nanti tak tahulah pule … :p
20.Who’s the mom that you admire most?

Senang cerita , mak mentua saya ajelah . Anaknya 7 orang dan kesemuanya sangat² rapat dengan beliau. Orangnya lembut dan agak susah nak dengar beliau marahkan anak.Juga pandai bermain psikologi dgn anak²nya,antaranya suami sayalah yang berjaya dididik & diasuh menjadi anak sulung yang sangat bertanggungjawab dan mengambil berat akan keluarganya …

 

Tammatt ….

 

16 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *