Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Tabib Cina diiktiraf sebagai rawatan alternatif di Malaysia

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Tabib Cina diiktiraf sebagai rawatan alternatif di Malaysia

Perubatan Tradisional Cina & Akupunktur sememangnya sudah terkenal di negara kita. Dan bukan sahaja kaum Cina yang berubat menggunakan kaedah ini,malah kaum Melayu dan India juga turut mengamalkannya. Tambahan pula kerajaan Malaysia telah memberi pengiktirafan baru-baru ini.

Baca berita lanjut ;

 

KUALA LUMPUR 8 Jan. — Kerajaan akan memberi bantuan berupa peralatan rawatan dan perubatan bernilai RM5,000 di bawah program “Azam 1Malaysia” kepada golongan muda dan kurang berkemampuan yang berhasrat menjalankan perniagaan perubatan tabib Cina.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Heng Seai Kei berkata, individu yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan layak memohon bantuan itu.

Mereka bagaimanapun perlu berdaftar dengan Persekutuan Persatuan Tabib Perubatan Tradisional Cina & Akupunktur Malaysia untuk memohon bantuan tersebut, katanya.

“Kita akan bantu mereka untuk menubuhkan perniagaan dengan menyediakan peralatan rawatan dan ubat-ubatan cina yang disarankan persatuan tabib Cina Malaysia,” katanya selepas merasmikan Pusat Persekutuan Persatuan Tabib Perubatan Tradisional Cina & Akupunktur Malaysia di Jalan Kuchai Lama, di sini hari ini.

Seai Kei berkata, sehingga hari ini terdapat lebih 3,000 orang tabib Cina yang telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dan menjalankan rawatan tradisional Cina di negara ini. — BERNAMA

Sumber asal : Utusan Malaysia Online

 

8 Responses

  1. sjiehan says:

    wah… ttakutnya jarum2 dia,, byk tuh…

  2. kakyong says:

    kakyong kenal kenalan blog yg mengusahakan perubatan tradisional ni.. bukan setakat akupuntur.. berbekam pun dia buat.. ;)

  3. Denaihati says:

    ramai org kita dah mula/percaya perubatan alternatif, akupunktur ni. effektif agaknya. cuma kena pastikan jarum pakai buang.

    • Ummi Hanie says:

      betul tu DH . naya je kalau pakai jarum terpakai … bekam pun same juge , skrg ni pakai jarum mcm cucuk diabetes tu

      sy dan suami boleh berbekam. so bile nak bekamkan org,kena ganti2 jarum tu ;)

  4. puan kutu says:

    klu jarum byk2 macm tu seram gak la..haha..

Leave a Reply to Ummi Hanie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *