Tabib Cina diiktiraf sebagai rawatan alternatif di Malaysia

Perubatan Tradisional Cina & Akupunktur sememangnya sudah terkenal di negara kita. Dan bukan sahaja kaum Cina yang berubat menggunakan kaedah ini,malah kaum Melayu dan India juga turut mengamalkannya. Tambahan pula kerajaan Malaysia telah memberi pengiktirafan baru-baru ini.

Baca berita lanjut ;

 

KUALA LUMPUR 8 Jan. — Kerajaan akan memberi bantuan berupa peralatan rawatan dan perubatan bernilai RM5,000 di bawah program “Azam 1Malaysia” kepada golongan muda dan kurang berkemampuan yang berhasrat menjalankan perniagaan perubatan tabib Cina.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Heng Seai Kei berkata, individu yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan layak memohon bantuan itu.

Mereka bagaimanapun perlu berdaftar dengan Persekutuan Persatuan Tabib Perubatan Tradisional Cina & Akupunktur Malaysia untuk memohon bantuan tersebut, katanya.

“Kita akan bantu mereka untuk menubuhkan perniagaan dengan menyediakan peralatan rawatan dan ubat-ubatan cina yang disarankan persatuan tabib Cina Malaysia,” katanya selepas merasmikan Pusat Persekutuan Persatuan Tabib Perubatan Tradisional Cina & Akupunktur Malaysia di Jalan Kuchai Lama, di sini hari ini.

Seai Kei berkata, sehingga hari ini terdapat lebih 3,000 orang tabib Cina yang telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dan menjalankan rawatan tradisional Cina di negara ini. — BERNAMA

Sumber asal : Utusan Malaysia Online

 

Incoming search terms:

8 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *