Surirumah juga boleh mencarum di KWSP

Salam Wbt, Salam Sejahtera.

Sebelum saya terlupa, lebih baik saya postkan entri ini sekarang. Topik mencarum di KWSP. Biasanya kita dengar orang² bekerja sahaja yang layak mencarum, bukan? Tapi sekarang tidak lagi. Terima kasih banyak kepada Kak Jie kerana entri beliau telah membuka mata, seorang surirumah blogger ni untuk sama² mencarum di KWSP.

KWSP

Maksud Caruman

Caruman bermaksud sejumlah wang yang dicarumkan kepada KWSP berdasarkan gaji bulanan seseorang pekerja.  Caruman bulanan ini akan dimasukkan ke dalam akaun KWSP pekerja berkenaan.

Caruman KWSP pekerja terdiri daripada caruman bahagian pekerja dan caruman bahagian majikan.

Caruman bahagian pekerja ialah sebahagian daripada gaji pekerja yang  dicarumkan di KWSP.  Caruman bahagian majikan pula ialah jumlah wang yang diberikan oleh majikan berdasarkan gaji pekerja untuk disimpan di KWSP.

Caruman KWSP boleh dibayar dalam bentuk:

  • Tunai
  • Wang pos
  • Cek
  • Perbankan internet (saya pilih ini)
  • Pemindahan dana secara elektronik (Electronic Fund Transfer – EFT)
  • Draf bank
  • Cara-cara lain yang dibenarkan oleh KWSP

Bayaran hendaklah dibuat dalam jumlah genap mengikut kadar yang  ditetapkan di dalam *Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991.

Pertanyaan lanjut boleh disalurkan ke:
a. Maklum balas online melalui enquiry
b. Pusat Panggilan KWSP di talian 03-89226000
c. Mana-mana Pejabat KWSP

 

Surirumah ini dikira sebagai bekerja sendiri melalui  SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA. Baru tahu. Hehe…  Saya quote sikit ayat Kak Jie ye;

“Antara kebaikan apabila mempunyai caruman sendiri ialah saya boleh membeli rumah dan kereta atas nama sendiri selain daripada mempunyai jaminan kewangan di masa tua.”

Betul betul betul ! Seronok mendengornyeee…. :) Oh ye, selain menjadi surirumah, saya pun ada buat bisnes online dari rumah.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA

  1. Warganegara Malaysia
  2. ‘Orang yang Bekerja Sendiri’ ertinya mana-mana orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja; DAN
  3. Merupakan ahli KWSP (Jika belum menjadi ahli, perlu mendaftar di kaunter KWSP dengan menggunakan MyKad atau melalui mel dengan mengemukakan Borang KWSP 3 dan salinan kad pengenalan).

CARA MEMOHON SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA

  1. Menggunakan Borang Permohonan Pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (KWSP 16G(1M) yang boleh diperolehi di kaunter KWSP atau dimuat turun dari laman web ini mulai 3 Januari 2010.
  2. Serahan permohonan di kaunter KWSP atau melalui mel.

 

SYARAT-SYARAT BAYARAN – SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA

  1. Telah mendaftar sebagai pencarum Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia;
  2. Amaun bayaran minimum caruman adalah RM50; DAN
  3. Had maksimum RM60,000 setahun berkuatkuasa Januari 2013.

Nota:
Had maksimum terkumpul bagi Caruman Pilihan Sendiri, Caruman Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia dan Caruman Penambah Simpanan adalah sebanyak RM60,000 setahun.

 

CARA MEMBUAT BAYARAN SKIM SIMPANAN PERSARAAN 1MALAYSIA

  1. Menggunakan Borang Bayaran Simpanan Persaraan 1Malaysia – KWSP 6A(2) yang boleh diperolehi di kaunter KWSP atau laman web KWSP mulai 3 Januari 2010.
  2. Borang KWSP 6A(2) hendaklah diserahkan bersama tunai/cek di Kaunter KWSP/mel atau di kaunter ejen bank yang dilantik iaitu RHB, MBB, PBB dan BSN.

Sekarang tak perlu beratur di ofis KWSP, daftar saja i-Akaun secara online.

Baru² ini ada dapat penyata caruman KWSP, tapi sampai saat ni saya masih belum sahkan penama akaun tersebut. Sedikit kemalasan nak pergi ke ofis KWSP. Hehehe…. Best juga tengok dah 3 angka nilai caruman ^-^ Siapa nak bagi, kan?

Jadi, pekerja² sendiri macam saya ni, marilah kita mula mencarum… InsyaAllah ada juga tabungan untuk kegunaan di masa akan datang. Nasib kita hanya Allah yang tahu. Manusia hanya perlu berusaha dan berikhtiar.

Incoming search terms:

17 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *