Surat Rayuan tak rasmi untuk ZALORA

Dear Zalora,

Terima kasih kerana pernah menjual sepasang kasut sport berwarna tema black-pink yang sangat sweet di mata saya beberapa tahun yang lalu. Serius comel ! di mataku ~

Kasut itu tersimpan lama dalam gerobokku dek kerana sayang sangat nak pakai, dan tak ada sebab nak pakai kerana saya tiada masa untuk berjogging maupun beriadah.

Rupa-rupanya kasut sport black-pink comel itu tertulis namanya untuk sampai ke tanah suci pada tahun 2014. Yes, seriously. Saya usung kasut sport tu untuk dipakai di sana khususnya di Arafah, Mina dan Makkah kerana banyak aktiviti berjalan dalam menjalani ibadah haji & umrah.

Dan itulah kasut sport pertama seumur hidup saya.

Tak percaya? Percayalahhh….

sport shoe Power

Kini kasut kesayangan tersebut hanya tinggal kenangan… rezeki saya bersamanya terlalu sekejap. Ia hilang di Makkah sebaik saja saya bersama suami selesaikan ibadah umrah di suatu petang.

Hibanya hati tidak terkira… apakan daya… redho sajalah. Mengharap moga² yang Berkuasa akan mengganti dengan yang lebih baik… air mata menitis jua tapi dicover sebaik mungkin. Tak elok pula menangisi material di rumah Allah.

mina

Inilah antara gambar kenangan terindah dalam hidup saya bersama-sama kasut tersebut.

Lokasi: Mina.

Semangat sekali memegang bendera Malaysia :)

Kasut comel itu memang selesa. Menepati citarasa saya 110%.

Tiada tali mahupun zip. Lembut tapaknya.

Pulang ke Malaysia.

Selang beberapa minggu, saya mula mencari semula kasut yang 100% serupa di Zalora.

Akan tetapi KECEWA.

Hari lain, cuba cari lagi.

Masih tiada.

Zalora. Pleaseeee stock back this sport shoes for me? Merayu ni….

Saya ada beli kasut jenama lain yang seakan serupa tapi tak sama. Jenama pun lain. Nak jadikan cerita, salah saiz pula. Malas nak pulangkan, makanya simpan untuk anak sajalah.

Di kedai² kasut berhampiran pun sudah saya terjah namun tidak ketemu si kasut comel.

Kedai kasut di Mydin Mall tu, dah berapa kali saya berulang ke rak kasut sport dengan harapan menggunung. Jumpa design sama sebijik, tapi warna lain…. takmo takmoo…. nak black-pink jugak huwaaaa….

Oh ye. Sebelum ini memang pernah pulangkan kasut pada Zalora semula dan diterima dengan jayanya beserta store credit untuk dibelanjakan di Zalora. Servis memang pantas dan cekap. Terima kasih.

Kalau tak silap saya, store credit itulah saya beli kasut sport comel yang tinggal kenangan tu…

——————————–

Boleh ye Zalora?

Please inform me bila kasut tersebut ada dalam stock anda….. really appreciate it.

Jenama: POWER. Tiada tali, tiada zip. Sebijik macam asal.

Saiz: kita bisik-bisik dalam emel je lah hikssss ~

ps: ini bukanlah artikel affiliate Zalora, mahupun bodekan nak minta kasut free dan sebagainya. Saya sedia beli kasut sport black-pink comel tu sekali lagi. or maybe twice. ;) 

20 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *