Sup brokoli berkrim

Korang suka makan sayur brokoli tak ? Ala … yang hijau² tu … adoi ,sayur biasenye memanglah hijau kan … ape daa Hanie neh .

Sejujurnya saya tak berapa suka makan brokoli , sehinggalah ia ditransformkan menjadi Sup Brokoli Berkrim ! Owh … Sejak makan di rumah staf opis encik hasben itu hari,terus terkenang² dan berangan nak buat. Makanya pagi semalam saya menggigihkan diri masak sup ni buat pertama kalinya … agak² jadi tak ?? So far,ok jugaklah taste nya … janji tak pahit :p  Sup

Sedikit sebanyak fakta tentang sayur brokoli ;

Kaya dengan vitamin A, C, dan K, jenis sayuran ini memang sayuran yang banyak manfaatnya.Vitamin A menurunkan penghasilan minyak di muka, vitamin C merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk kulit dan vitamin K pula membantu mencegah kerosakan kulit dengan efektif.

Ok apa lagi,jom kongsi resepi pulak …

:: SUP BROKOLI BERKRIM ::

Bahan-bahan:

400gm brokoli
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 liter susu segar
Tepung jagung secukupnya
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak zaitun untuk menumis

Cara memasak:

1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bahan hirisan sehingga naik bau.

2. Kemudian masukkan brokoli dan tumis sebentar.

3. Masukkan pula susu segar dan didihkan. 

4. Biarkan ia merenih seketika dan padamkan api. Masukkan adunan ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus.


5. Tuangkan adunan ke dalam periuk dan panaskan. Perasakan.


6. Seterusnya cairkan tepung jagung dengan air dan masukkan ke dalam adunan tadi.
Kacau sebati sehingga adunan menjadi pekat dan berkrim.


7. Sedia untuk dimakan.

– Resepi asal dari majalah Rasa online .

 

So very the easy kan ? Pencemaran bahasa di situ … ekekeke ~ Dan ada penderhakaan sikit dalam mengaplikasikan resepi asal sebab …. saya lupe letak tepung jagung dan tak gunakan minyak zaitun … tu jer … takper,lain kali taat resepi betul² lak insyaAllah . Mak dah janji nak bagi minyak zaitun dia ;)


<=== Dan saya gunakan susu rendah lemak ni, kasik kureng lemak sikittt …

 

 

Dan ini pula gambor semasa mengacau sup atas api ==>

 

 

Dan ini pula hasil akhir … 1 for me,1 for my hubby, 1 for my mummy ;) Anak² ? Depa dah pegi sekolah , tinggal 2 org kecik tu je … baby Huzaifah mana boleh makan sup lagi . Zaid pula saya suapkan sajelah …

Incoming search terms:

33 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *