Sudah cukup cukup sudah…. naik Super Sonic ROLLER COASTER itu!

Sudah cukup cukup sudah…. naik ROLLER COASTER super sonic itu!

Salam bahagia semua. Wah sedar tak sedar sudah hampir sebulan cuti sekolah akhir tahun bermula, tapi masih banyak kisah yang tak dapat saya update. Sedih ~ :(

Nak update yang sensasi dulu. Sensasilah sangattt.. Minggu pertama cuti sekolah tu kami travelling/jalan-jalan famili yg jauh sikit, dari utara sampai ke pantai timur. Ziarah adik ipar pulang dari menunaikan Haji. Dari pantai timur, turun pula ke Selangor dan Kuala Lumpur…

Agenda terpenting di KL ialah melawat emak saya di IJN. Ketika kami melawat, emak belum lagi menjalani pembedahan pintasan jantung. Dipendekkan cerita, entah macammana tergerak hati secara spontan nak bawa anak-anak bermain di Berjaya Times Square Theme Park.

Bertahun kami tinggal di Kuala Lumpur, tak pernah pun jejak ke dalam tu. Encik suami pula macam bagi full support je untuk masuk ke situ. Saya pun macam fikir banyak kali juga sebab kos nak masuknya bukan murah beb! Total semua untuk 2 org dewasa + 3 kanak-kanak ialah RM125. lagi 2 org kategori baby dapat free admission. Rezeki kami pula ada sorang chinese woman tu tolak tiket kanak-kanak kepada kami dengan harga diskaun sedikit. Kesimpulannya, kami masuk bermain di Berjaya Times Square Theme Park !

Mula-mula layan anak-anak bermain di bahagian kanak-kanak dulu. Puass dah bermain, baru saya dan encik suami Naik ke tingkat permainan orang dewasa untuk menaiki Roller coaster yang agak extreme jugalah.

crazy bus

 

 

 

 

berjaya times square

sebahagian anak2 dlm Crazy Bus – yang tak nampak ialah baby Huzaifah sebab di pangkuan umminya selaku jurufoto

 

 

 

encik abah dgn pose kontrol hensem :p

 

 

 

Abg Zaid ‘memandu’ trak di Botanical Truck/Drive… 3 kali kami naik bendalah ni… naik jemu :p

 

 

 

ummi and 3 kids - bergambar sebelum masuk bermain

 

Sayangnya…. kami tak bawa kamera khas si hitam dan bateri handphone kami berdua kehabisan bateri… Banyak gambar tak dapat dirakamkan…

Mula-mula masuk ke theme park tu, saya agak takut-takut nak naik. Suami yang beriya-iya nak naik sebab katanya bukan senang nak jejak ke situ, lagipun dah bayar mahal.

Kesudahannya? Yes…. Kami berdua laki bini akhirnya naik roller coaster super sonic yang dahsyat itu… Tapi secara bergilir-gilir sebab jaga anak-anak. Ranggi kan mak pak budak main roller coaster ? :p tengah muda-muda ni kannn…

Encik suami suruh saya naik dulu. Saya pilih seat yang kosong, maknaya tiada orang di sebelah saya. Kalau encik suami yang di sebelah tu tak ape ler, saya lebih rela duduk sorang diri. Tak penuh pun roller coaster tu… rasanya walau ada seorang dua penumpang saje pun, ia akan tetap on.

Ya Allah…. Laju mengalahkan kereta Ferrari! Tak main slow-slow punyer… Rasa macam melayang separuh nyawa. adrenaline rush bak kata omputeh. Dalam hati memang doa janganle roller coaster ni buat round kedua. Sudah cukup cukup sudah dengan satu round… Bayangkan setiap kali roller coaster tu lalu atas kepala kami dengan bunyinya yang menggerunkan, inikan pula naik dalam tu. inilah my first and last time naik roller coaster super sonic. Benda tu bukan je berjalan dengan super laju, tapi berpusing 360 darjah!  Kona sana, kona sini. Time naik ‘bukit’ tu saje je dia buat lambat-lambat. Orang semua kepala dah terdongak. Sampai ke puncak, siap sedia le nak turun cerun dengan lajunye amat. Turun dari bendalah tu, mabuk-mabuk je. Takde napsu dah nak main benda lain, lagi pon dah tutup…. Rasa nak balik hotel, tidooo…. :wacko:

Turn encik suami naik, saya pulak yang berdebar-debar risaukan dia. Iyelah, sebab saya dah merasa kedahsyatannya kan… Encik suami kata dia nak tido je duduk dalam tu. Haishh… Bior betul, saya kata. Tak menjerit-jerit ke? Tanya saya lagi… Encik suami jawab; “kalau semua orang macam abang, mesti senyap sunyi je takde bunyi jeritan sebab abg tutup mata je nak tido”. Kihkihkihh… Macam Mr. bean pulak tido dalam roller coaster..

Selesai sudah hajat kami nak naik roller coaster, rasa nak balik dah tapi anak-anak masih nak main last round sebelum balik… Depa main bump car dengan naik truck. Layankan je lahh…

Jom tengok video roller coaster super sonic;

 

Apa macam…. Ada berani tak nak naik? Bagi saya, sudah cukup cukup sudah…. ;) 

Anak-anak nampaknya sangat enjoy di Berjaya Times Square Theme Park itu. Nampak gaya macam nak jadikan acara tahunan pula. Walaupun bayaran agak mahal, tapi sangat puas dapat bermain tanpa had masa dan token. Anak-anak suka, ummi abah pun tumpang happy… Tunggu next year pula ye anak-anak…

27 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *