Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Sucinya Hati Seorang Anak

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Sucinya Hati Seorang Anak

————- Every MOMS must read this ——————

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,

“Oh maafkan saya, saya tak perasan”
Katanya “Maafkan saya juga,

Saya tak nampak saudara”

Kami amat bersopan dan saling menghormati,

Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,

Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,

Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,

Jerkahku, “Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh”

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,

Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,

Terdengar suara halus datang membisik,

“Bila bersama orang tak dikenali,

Begitu bersopan dan merendah diri,

Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci”,

“Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,

Kan kau temui bunga-bungaan berterabur”,

“Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,

Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu”,

“Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,

Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu”,

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,

Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,

“Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil”

“Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?

Dia tersenyum, “Adik terjumpanya belakang rumah di semak”

“Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,

ibu tentu suka terutama yang unggu,

“Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,

Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,”Oh, ibu, itu tak mengapa,

Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, “Anakku, ibu pun sayang kamu,

dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu.

MEANING OF FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,

syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,

dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,

akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,

Melebihi keluarga kita, adalah merupakan su atu pelaburan yang tidak bijak.

Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna “FAMILY”?

FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

” HARGAILAH KELUARGA ANDA ” 

 

Berminat dengan entri/blog ini ? Sila klik button ini AddThis Social Bookmark Button

 

7 Responses

  1. AiZ says:

    >akak… this is the best entry pernah saye baca… :) memang betul apa yang berlaku sekarang ni… jom berubah ramai-ramai.. :)baca i punya entry gak ye.. klik bertubi-tubi kat sini >>BAGAIMANA NAK JADI BLOGGER YANG DIKENALI RAMAI DENGAN BERKESAN !

  2. sweetfiza says:

    >mmg kenyataan pun…rmai rasanya yg camni gak kot …tp masih boleh ubah …fkirla mna yg penting…smuanya telah diberikan akal fkiran …so, fikir2 dan renung2kan …

  3. nza says:

    >biasa gitulh, bila ada didepan mata kita seolah2 xhargai ttp bila dh pergi utk selama2nya baru kita sesali……

  4. Ummi Hanie says:

    >Aiz : sama2 kita berkongsi apa yg baik…thanx dik :)nza : u r definitely right !bila kita dh kehilangan sesuatu , baru kita terperasan walopun selama ni benda tu bgitu rapat dgn kita.smoga kita terpelihara dr penyakit itu…aminsweetfiza :yup kenytaan tu..harusss diubah sebelum menyesal kemudian …

  5. penaberkala says:

    >sis,entri yang menarik dan puitissuka bacamesej yg cukup jelas utk disampaikanrindu mak kat kg,hak3

  6. Ummi Hanie says:

    >penaberkala : ala siannye dah terindu2 kat bonda di kmpg…call lah dia tanya khabar..:)thanx…Faridah : yeah….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *