Suamiku, Encik Perfect 10! dari novel ke layar filem

suamiku encik perfect 10

Trend mengadaptasi filem dan drama dari novel sudah jadi fenomena di Malaysia sekarang ini. Antara pelopornya novel Ombak Rindu yang pernah menghangatkan industri perfileman Malaysia beberapa tahun lalu.

Terkini, novel berjudul “Suamiku, Encik Perfect 10!” yang diadaptasikan menjadi filem lakonan Aaron Aziz dan Lisa Surihani mungkinkah menjadi fenomena? Kita tunggu dan lihat…

kredit imej

 

Suamiku, Encik Perfect 10! – petikan novel

PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.

“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen

“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial

Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen.
Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.

“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial

“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?

Wah macam teruja pula nak menonton filem yang sedang dalam pembikinan ni. Ternampak di wall FB Aaron Aziz gambar beliau dengan Lisa…

suamiku encik perfect 10

sweet….

Saya terbayang lakonan Lisa dalam filem ni seperti lakonannya dalam filem Istanbul Aku Datang! Sempoii jer…  Tapi dalam filem ni lain kot…

Ok meh layan trailer sikit dari youtube AstroShaw;

 

Penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza bergandingan dengan penyanyi dari seberang yang sedang ngetop, Cakra Khan menduetkan lagu “Seluruh Cinta” untuk OST filem Suami Encik Perfect 10. Best juga kan lagu ni? ;)

Incoming search terms:

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *