Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Mengapa suami suka makan luar ??

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Mengapa suami suka makan luar ??

(Sekadar perkongsian , kesemua fakta ini tidak dialami oleh saya , Alhamdulillah)

Seringkali berlaku perselisihan rumahtangga disebabkan oleh sikap suami yang suka makan luar. Tabiat ini kadangkala boleh meruntuhkan rumahtangga yang telah sekian lama dibina. Kes makan luar ini boleh melibatkan orang ketiga termasuklah mamak, makcik mee rebus ataupun peniaga tomyam.

 

Kadangkala isteri telah bersusah payah menyediakan hidangan yang lazat dan menyelerakan tetapi suami tetap nak makan luar. Berbagai cara telah dicuba termasuklah menukar resepi hampir setiap hari dengan hiasan pinggan yang exotic dan dianggap boleh membuka selera suami. Namun suami tetap bernafsu dengan masakan kedai dan suka makan diluar.

Hasil dari satu kajian dikalangan suami, antara sebab-sebab mengapa suami suka makan luar ialah :

1. Suasana sekeliling dan cuaca

Jika makan atau minum dikedai mamak suasananya lebih membuka selera walaupun keadaan lebih bising dan kelam kabut dengan jerik pekik dan bunyi kenderaan yang lalu lalang.

Kadangkala terpaksa berpindah tempat duduk dua tiga kali disebabkan oleh hujan yang tempias. Itupun dikira masih selesa dan boleh menambah selera.

2. Minuman

Teh tarik kedai mamak lebih sedap dan lemak kerana susu yang digunakan dikedai mamak berbeza cap nya dari susu yang digunakan dirumah. Cara mamak menarik teh lebih panjang dan lebih tinggi dari cara isteri menarik teh tersebut dirumah.

Dikedai juga terdapat variety teh seperti teh tongkat ali, kopi jantan ataupun kopi radix. Dirumah teh hanyalah campuran teh, gula dan susu. Tidak seperti teh dikedai yang kadangkala boleh mencapai 30 dalam 1.

 

kedai mamak

3. Makanan

Nasi dikedai mamak lebih lembut dan gebu walaupun dimasak didalam periuk yang lebih besar. Dirumah walaupun beras yang digunakan adalah beras yang terbaik dipasaran dan dimasak dalam kuatiti yang sedikit masih juga sedap nasi dikedai.

 

4. Masakan

Tomyam dikedai lebih pedas dan secukup rasa kerana ianya dihidangkan oleh “adik-adik” yang suka menjeling dan tersenyum walaupun tak ada apa-apa perasaan pun ditambah pula dengan panggilan manja seperti tuan dan abang.

 

5. Cawan dan gelas

Minuman yang dihidangkan dikedai lebih sedap walaupun dihidangkan didalam cawan atau gelas yang berminyak dan telah dikongsi entah berapa orang pelanggan sebelum kita meneguknya.

 

6. Pinggan mangkuk

Makanan yang dihidangkan dikedai lebih sedap dan membuka selera walaupun pinggan tanpa jenama tersebut hanyalah berharga tidak lebih dari RM3 sekeping dan tiada sebarang bunga atau ukiran sebagai penghias. Sedangkan makanan dirumah dihidangkan didalam pinggan mangkuk yang berjenama mahal serta penuh dengan bunga dan hiasan yang menarik.

 

7. Kerusi meja

Makan dikedai lebih menyelerakan walaupun diatas kerusi dan meja plastik. Padahal dirumah sendiri kerusi yang empuk serta meja yang teguh penuh dengan hiasan bungaan dan ukiran.

 

8. TV dan layar besar

Makan diluar boleh sambil-sambil menonton TV atau tayangan dilayar besar, walaupun ketika itu hanya ditayangkan perlawanan gusti yang memang tak minat untuk ditonton. Makanan yang tak sedap pun boleh jadi sedap.

 

9. Pelayan

Diluar lebih berselera makan walaupun dilayan oleh mamak yang pure dari India atau bangla yang bau ketiaknya bercampur baur dengan rempah kari. Padahal dirumah sendiri isteri sentiasa wangi dan berpakaian seolah-olah nak masuk tidur. * LOL !*

10. Jarak perjalanan

Sanggup berjalanberbatu-batu hanya kerana ingin sangat nak makan diluar. Biar hujan, biar ribut, biar panas terik, sanggup basah kuyup atau berlenggeng peluh semata-mata untuk segelas teh tarik.

 

11. Hiruk pikuk

Dikedai lebih hiruk pikuk dengan sorakan manusia, tambah-tambah lagi dimusim piala dunia. Tidak pulak sisuami merungut bising dan terlekat atau tidak selesa. Dirumah sendiri walaupun suasana waktu makan yang syahdu serta romantik, masakan tetap tidak sedap.

 

12. Kena bayar mahal

Teh tarik sanggup dibayar dengan harga RM2 segelas, padahal kosnya tak sampai 40 sen. Itu belum lagi termasuk bayaran parking dan “sedekah” pada kanak-kanak yang datang menjual tisu atau kalendar.

Memang tak boleh nak buat apa…. memang dah tabiat dia camtu.

Jadi… jika suami anda suka makan luar walaupun sudah puas dileterkan, biarkan saja. Tak guna anda terus berleter, buat kering tekak saja. Tindakan yang terbaik ialah teruskan menyediakan makanan. Biarpun hanya anda dan anak-anak yang menikmatinya.
Suami memang cepat jemu dengan hidangan dirumah. Tambah-tambah lagi jika asyik-asyik makan ayam goreng, daging masak kicap dan sayur taugeh. (eh suami saya tak pulak cenggitu )

Sekali sekala cubalah pulak masak daging goreng, ayam masak kicap dan goreng taugeh.

Setelah penat memasak jangan lupa menghidangkannya diatas pinggan yang berbunga-bunga dan penuh ukiran.

Akhir sekali jangan lupa menyediakan tuala untuk lap tangan dan mulut.

 

Sebenarnya tabiat sebegini bukanlah dituju khas buat kaum lelaki/suami saja ye … kaum perempuan/isteri pun dah ada yang bertabiat macam ni . Jangan hairan yer !

 

p/s : makan di luar ade maaf lagi , jgn ‘makan luar’ !

 

43 Responses

  1. MiszMama@Haslinda says:

    >suke n3 ni… sib baik ar my husband suke makan kat umah. tapi bininya ni yang suke makan kat luar. Dah puas makan makanan sendiri kat umah. Tapi permintaan ku selalu tidak di layan.. huhuhu

  2. Ummi Hanie says:

    >thanx anyway sis .. dtg le slalu drop komen…hehe…erm,same laa hubby kite,suke mkn kat umah,tp skang ni dah slalu gak la bawak kite gi mkn kat luar,dia tau kite jemu mkn kat umah..akk slalu la pujuk2 dia jenjalan..akk blanja sndiri pun xpe :)

  3. hans says:

    >sis…ayah saya selalu je makan rumahsebab dia kata mak saya masak sedapsaya pun kalau makan luar kalau mak saya letih ada join kenduri kendara jer or kaur2 makan satu keluarga

  4. Ummi Hanie says:

    >bagus ar ayah awk mcm tu hansayah akk pun mesti nk cari masakan emak..

  5. >Hubby suka mkn di rumah,Sis plk suka suh hubby beli mkanan kt luar utk Sis mkn..hihihi..Mcm tu plk dh jadinya..Salu kene bebel ngan hubby.. :p

  6. hans says:

    >itula pasalgua pelik juga sisramai perempuan skrg bila cakap pasal masak diorang marahkonon2 macam martabat diorang jatuh sebab belajar tinggi2 tapi kena masakpadahal masak tu satu kebolehan dan kelebihan kut

  7. Ummi Hanie says:

    >sis ieda,ehhhh samelah kite!!bukan ape,rase jemu masak sndiri n makan mskn sndiri kan kan kan??hans,maybe kaum wanita yg berkerjaya kot gitu sbb depa dah letih bkerja,balik umah nk kena masak plak lagi…tp kalo yg minat masak tu lain,xjadi hal punye masak2 ni..i think so laa…

  8. hans says:

    >hurm…tapi seboleh2nya masak laitu penambat hati suami kan

  9. penaberkala says:

    >betul tuh, perempuan tak pnadai masak cam pelik je dgrair tngn isteri kan lbh elokmintak2 dpt yg pnadai msk, amin

  10. Ummi Hanie says:

    >hans..betul tu..pikat ati suami melalui perutnyapena,aah mcm pelik yer tp ade gak yg xminat memasak tu nk wat camner kan…amin..semoga doamu kabul

  11. hans says:

    >hahhhaminta2 la dapat macam apa pena doa

  12. penaberkala says:

    >klu dpt camtu bahagia la kita hansperut membulat tak kena gaya,hak3

  13. hans says:

    >hishxlehperut kena jaga walau dah tua

  14. xyncaholic says:

    >saya cuma makan luar dengan wife saya jerk..klau nak g makan sorang2 kem salam la..malas.

  15. Ummi Hanie says:

    >hasn n pena:ado2 aje la korang berdua neh xync:bagus tu..ambik ati wife sket kan..wife (ikut pndgn sy le) kdg2 jemu dgn masakan sndiri..walaupun masak kat umah,tp kdg2 x makan sehabuk pun..bile hubby ajak makan luar,baru brslera sket..tp jgn le slalu2 sgt kan

  16. hans says:

    >xyncaholic : uish,dah kawin rupanya….bagus2

  17. zai kulim says:

    >kalau jenis nak gak mkn luar ..nak buat camno lagi…

  18. hans says:

    >adoi…kalau nak ubah selera xkisahkalau hari2 tu ada lah something wrong dkt mana2

  19. penaberkala says:

    >klu dh hari2 mkn kat luar tuh, susah nk kata faktor mknn yg sedapklu mknn sedap sekalipun, pasti naik muak nyani tentu ada factor X yg lain yg menarik minat utk tiap2 hari makan kat luar

  20. >Ummie Hanie: sis ieda,ehhhh samelah kite!!bukan ape,rase jemu masak sndiri n makan mskn sndiri kan kan kan??Betul!Betul!Betul!Kikikiki..Ade geng ropenye..Kdg2 kalo kite msk utk org len mkn,utk hubby ke,family atau kwn2 kita akn rs 1 kepuasan bila mknan yg kite msk tu habis deme makan..Betul x,Hanie?Tu blm bab kenapuji masakan sedap lg tu..Ekekeke..

  21. hans says:

    >pena berkala : hahaha..mungkin…biasalah..manusia kan xpenah puas dgn apa yg dia ada..maybe pelayan2 wanita dkt situ mesra ker..

  22. hans says:

    >sis ieda : yups..mesti rasa gembira penat2 masak habis..cuba kata masak xder orang makan…mau xmengamuk..haha

  23. penaberkala says:

    >klu kedai mamak faktor dia tgk bolaklu restoran biasa maybe faktor pelayanklu kedai kopi faktor dia kawan2 utk berborak panjangni ikut pemerhatian laxde plak bukti/statistik kukuh

  24. >'Hans to sis ieda : yups..mesti rasa gembira penat2 masak habis..cuba kata masak xder orang makan…mau xmengamuk..haha'Haha..penah skali Sis masak tp hubby plk dh mknkt tmpt keje pas2 die jamah sikit je..Lps tu apa lg merajuk habis la xmo becakap dgn hubby.. :p

  25. >Kdg2 x suka mkn dkt luar bile terkena kedai yg suka letak bnyk 'Pak Aji'/Ajinomoto dlm masakan sampai ciret-biret dibuatnya.. :s Mknan di rumah lebih menjamin kesihatan & kebersihan,kn..

  26. hans says:

    >pena : ar ar…aku rasa betul pemerhatian ko tu

  27. hans says:

    >kak ieda : hahaha…itula..len kali nak masak tanya la dulu hubby kak ieda tu

  28. hans says:

    >kak ieda : ar ar..kadang2 lada banyak kut dia letak…tgok kedai la

  29. >4. MasakanTomyam dikedai lebih pedas dan secukup rasa kerana ianya dihidangkan oleh "adik-adik" yang suka menjeling dan tersenyum walaupun tak ada apa-apa perasaan pun ditambah pula dengan panggilan manja seperti tuan dan abang.Siap la kalo hubby ku pegi ke kedai Tom Yam..Akn ku cubet2 dia.. :p

  30. >'3. MakananNasi dikedai mamak lebih lembut dan gebu walaupun dimasak didalam periuk yang lebih besar. Dirumah walaupun beras yang digunakan adalah beras yang terbaik dipasaran dan dimasak dalam kuatiti yang sedikit masih juga sedap nasi dikedai.'Mane tak nye,Mamak tu letak Kas-kas..

  31. penaberkala says:

    >sis ieda:kas-kas tu hape?

  32. penaberkala says:

    >hans:kemungkinan besar tu lah faktornya kan..tak sure,tp logik di akal

  33. hans says:

    >kak ieda : hahaha…xsemestinya sis..kadang2 memang dioran pandai masak

  34. hans says:

    >kak ieda : owh kas kas tu ker..memang kalau letak nasi sedap

  35. hans says:

    >pena : kas kas tu macam biji halus2 xsiap..dia ibarat dadah dalam makanan sebab wat orang ketagih..huhu

  36. hans says:

    >pena : banyak faktor sebenarnya..bergantung pada individu tu sendiri

  37. hans says:

    >owh,pasal kas2 tu..xsilap kalau ko penah makan nasi ganja la pena..ada la dia taruh…

  38. >'Hans to kak ieda : hahaha…xsemestinya sis..kadang2 memang dioran pandai masak'Tp Sis pun pandai msk Ns lembut..Sis Hanie pun mesti pandai masak Ns lembut kn tp idok le pulak Sis letak kas2..Hihi..

  39. >'Hans to kak ieda : owh kas kas tu ker..memang kalau letak nasi sedap'Haa..tau pun..

  40. hans says:

    >kak ieda : dia masak banyak sis..tu letak kas kas tu

  41. hans says:

    >kak ieda : mesti la tau..den pakar dalam hal2 makanan..cuma masak je tak..haha

  42. kak rose says:

    Kami satu family memang makan kat rumah. Nak ke mana-mana pun mesti bersama & berbekal. Yang penatnya I le, nak siap anak2 nak siapkan bekalan . Nak ke Tesco beli barang dapur pun , pukul 5am dah bangun siapkan sarapan , bekal & makanan tengah hari/malam, sama macam hari bekerja. Dah kawin ni tak merasa le makan mee mamak ke ABC ke KFC ke . Kalau teringin cuba2 le masak sendiri. Masak yg mudah je tapi ikhlas & penuh kasih sayang ….memang puas hati family sihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *