Sokong perniagaan sesama Muslim

Salam Jumaat . Agak lambat buat posting ini , sebab nak buat schedule entry siap-siap asyik tak berfungsi je . Problem . Dah buat aduan , sedang dalam proses nak baiki gamaknya . Then , since pagi pulak saya merehat-rehatkan diri dengan dikacau dek anak-anak (tak mengapalah…) sampai time masak lunch , alhamdulillah selesai masak sebelum encik suami tiba di rumah bersama-sama anak sulung dari sekolah .

Ok , saya bukan nak berceramah apa pun pasal perniagaan orang-orang Islam . Kita pun sama-sama faham rasanya akan tanggungjawab membantu ekonomi sesama kita , kan ?

Well … ramai dah sedia maklum tentang HPA kan ? Sebuah syarikat MLM Syariah pertama di Malaysia yang memperjuangkan ekonomi orang Islam . Saya bukan nak promote korang suruh jadi ahli HPA bawah saya pun dlm entri ni … kalau iye pun,tak kaya mana nye pakasa2 orang join . Yang penting , kesedaran sebagai seorang Muslim tu dlm membantu ekonomi sesama kita . Setuju ?

buleh klik banner cantek ni ... so natural .. i loike ;)

 

Saya lebih kepada nak sharing produk-produk best dari HPA yang saya dan suami pernah beli … itu saja . Dalam minggu ni saja , dah 3 kampit Ayam Organik kami beli untuk dijadikan santapan harian . I mean , sekampit dah habis , so ada 2 kampit lagi le untuk stok seminggu dua ni haaa … Dan dah 2 hari berturut-turut ni juga saya dok masak Sup Ayam Organik . Sedap lah ayam ni . Manis dan kita pun yakin ianya sihat dan selamat . Harga ayam sekarang ni pun dah naik balik kan ? So better lah invest kat HPA , sambil support barang dia . Sama-sama untung …. :)

 

Ayam organik yang diternak sendiri oleh HPA ini dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali. Tanpa enzim tumbesaran, tanpa vaksin dan di sembelih mengikut tatacara syariah.

< Baca lagi tentang artikel berkaitan Ayam Organik HPA ini …. >

Alhamdulillah banyak jugaklah produk2 HPA yang kami dah beli setakat ni . Produk makanan , minyak2 , makanan kesihatan dan penawar , Aiskrom Toiyibah yg sedap , Kopi Radix yang popular dan lain2 lagi . Melaka Halal Hub pun join bersama-sama HPA supply makanan organik seperti Ayam Ros (kepak ayam diperap kicap..yummy!) , Karipap segera dan Samosa segera . Semua tu dah ada dlm peti sejuk , tinggal nak masak je ! Tak sabor rasenye …..

InsyaAllah lah , saya azam nak support lebih lagi produk HPA ni in future . Kalau boleh , barangan keperluan rumah ni dibeli semuanya di situ setakat stok yg ada . Dah tak ade stok sangat barulah tuju ke supermarket biasa . Nak berubah gini bukan senang , perlukan kekuatan dalaman juga ;) .

Oh ya . Semalam saya baru je publish produk terbaru HPA yakni MINYAK WANGI RAIHAN . Jom intai di Pink Muslimah Store . Ingat nak jadikan hadiah GA atau contest jek ;) . Korang nak tak ?? Sebenornye Raihan ni lancarkan album terbaru berjudul “Musafir Perjuangan” , dalam masa yg sama lancarkan perfume ni juga . Sebelum ni Akhil Hayy punye perfume kan ?

nak pilih satu set boleh,nak asing2 pun buleh ;)

 

Dan kalau korang nak tengok sendiri senarai barangan HPA yg semakin berkembang biak ni , MOH SINI . Mustahil le kalo takde satu pun yang berkenan ye dak ? ;)

Incoming list ni , teringin le pulok nak beli Barut Berherba ni . Hehe … tak payah le teman nak bagitau kenape …

 

Cukup2 le dulu bebelan hari ini . Tak sedor dah panjang berjela .;)

14 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *