Siraplimau.com menyegarkan minda sesegar namanya

Assalamualaikum & Salam Muhibbah.

Pernah minum air sirap limau? Segar rasanya, kan?

Pernah dengar nama blog siraplimau.com dengan tagline nya “Segar lagi menyegarkan!” ?

Ok kalau tak pernah, boleh terjah sana laju-laju dengan klik banner di bawah.

siraplimau.com

Apa kaitanlah pulak air sirap limau dengan blog siraplimau.com ni ye?

Yelah, air sirap limau kan menyegarkan, begitulah juga blog siraplimau ni menyegarkan minda sesegar namanya. Dah penat menghadap komputer lama-lama, mata boleh jadi cerah semula bila membaca di sana. Kenapa? Tunggu review seterusnya. ;)

That’s why nama sesebuah blog tu kadangkala memainkan peranan penting untuk first impression pembaca. Itu pendapat sayalah.

Beberapa review saya tentang blog siraplimau.com

1. Banner blog yang ringkas tapi menarik

Tengok saja banner blog, memang melambangkan “kesiraplimauan” nya. Maafkan kerosakan bahasa di sini. Nak tunjuk yang banner tu memang kena sokmo dengan nama blognya. Boleh jadi dahaga kalau tengok ketika cuaca panas terik. Ok, melawak :p

2. Warna tema yang tidak menyakitkan mata

Macam saya sebut tadi, first impression itu penting. Pertama-tama kali pelawat/pembaca masuk ke sesebuah laman web, perkara pertama yang mata akan nampak, akan kekal di ingatan.

Latar belakang PUTIH adalah warna yang paling selamat. Tidak menyakitkan mata, mudah nak baca entri.

3. Pemilihan font yang baik

Saya suka pilihan jenis font siraplimau.com. Saiz font untuk tajuk entrinya besar GEDABAK tapi saya setuju. Biar terbeliak biji mata membacanya kasi segar kan :)

4. Disable right-click

Mungkin pemilik tak mahu artikel dicuri. Tak mengapa, itu hak masing-masing. Saja nak review jugak :p

5. Dua topik utama yang agak HOT

Pendapat saya, topik atau niche utama blog siraplimau.com ialah Kisah Rumahtangga dan Kehamilan. Memang kedua-duanya topik HOT i told you.

Pemilihan niche-niche ini sangat menarik kerana masih tak banyak blog berbahasa Jawa Melayu yang mengetengahkannya. Asik² niche gosip, selebriti, artis. Sudah²lah kot. Jangan marah pulak ye orang yang berkaitan. Sesekala saya layan jugak gosip retis ^-^”

Niche² tu dah hot, ditambah hot lagi dengan permasalahan² rumahtangga yang bila saya membacanya, terasa bersyukur sekali dikurniakan rumahtangga yang aman damai. Alhamdulillah.

Dan sesiapa yang ada masalah tetapi tiada tempat mengadu, boleh luahkan di: hello@siraplimau.com atau hubungi di link: http://siraplimau.com/contact/ . Jangan risau, nama sebenar pengadu akan dirahsiakan.

Bagi saya, blog ini bukan untuk wanita sahaja. Orang lelaki pun digalakkan membaca untuk menambah ilmu pengetahuan rumahtangga dan ilmu melayan isteri dengan baik. ehhh ~

Kita minumm duluuu….

kredit imej: garuda.my

kredit imej: garuda.my

 

Sedapnya sirap limau ni. Manis-manis masam, bagaikan kehidupan rumahtangga gitu.

 

6. Permasalahan yang tiada jawapan

Ok topik dan entri dah memang hot, cuma solusi dan jawapan saja tidak dirungkaikan. Saya tidak pastilah, mungkin pihak siraplimau.com sudah memberi jawapan untuk setiap permasalahan secara peribadi. Wallahua’lam.

Ruangan komen mungkin juga menjadi medium untuk pembaca melontarkan pandangan masing².

Cadangan saya, boleh buka kolum baru seperti “Anda bertanya, Dr. SirapLimau menjawab”. Itu contohhhh….

7. Dua pilihan untuk ruangan komen

Ni pun nak review. Dah nama pun contes review tak gitu?

Ok kalau diperhatikan, blog siraplimau.com menyediakan 2 pilihan ruangan komen. Satu jenis biasa (komen wordpress) dengan tinggalkan nama dan emel. Satu lagi ruangan komen ala-ala Facebook. Boleh pilih nak publish komen tu ke fanpage FB siraplimau atau pun tidak. Ok saya dah like sekali.

8. Related posts

Memang lazimnya kebanyakan blog akan pasang plugin related post ini, termasuklah blog siraplimau. Tujuannya menarik pembaca untuk membaca artikel² lain yang berkaitan, sekaligus meningkatkan hits blog dan mengurangkan bounce rate.

related post

9. Ruangan iklan yang tidak melampau

Maksud tidak melampau di sini ialah, tidak melebih-lebih dalam meletakkan iklan dalam blog sehingga menampakkan blog bagaikan laman web pengiklanan. Gayanya macam iklan Innity tu. Hebat trafik kan… tengok saja hit counter pelawat yang sedang online. Purata dalam 30 – 50 orang sedang online.

10. Kategori, Popular Post dan Sitemap

Saya cadangkan blog siraplimau.com meletakkan widget Kategori dan Popular Post di bahagian sidebar. Kalau tak mau pun, at least letak page Sitemap (Peta laman) untuk memudahkan pembaca menyelongkar blog dengan lebih rakus. Hehe ~

11. Media sosial

Siraplimau.com tidak ketinggalan juga dari segi perhubungan media sosial. Macam yang disebut tadi, siraplimau ada fanpage Facebook. Juga ada akaun Twitter dan Google Plus. Tak lama lagi boleh tambah akaun Instagram kot, tengah hangat sekarang ni ;)

12. Langganan emel

Kalau tak larat nak lawat blog ni kerap sangat, boleh je langgan RSS feed atau baca dari emel. Serius jeles siraplimau.com pakai bendalah ni;

langgan emel

Masukkan nama dan emel, siap. Terus boleh baca artikel² panazz dalam emel je.

Pakai Mail Chimp yer… err, boleh ajar? ;)

Baiklah. Cukup² dulu review dari saya. Maaf jika kritikan atau cadangan yang diberi tidak munasabah dan menjengkelkan hati.

Contest Review Blog SirapLimau.com ini dianjurkan oleh Encik Titan dan ditaja oleh SirapLimau.com.

24 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *