Sinopsis Nur Kasih The Movie 2011 | Lirik OST Nur Kasih

Salam ceria,

Kome peminat tegar Nur Kasih ? Atau pandang sebelah mata jek … :p Saya , peminat kategori biase-biase je . Bukan die-hard-fan a.k.a. “peminat-kipas-susah-mati” .

Drama bersiri Nur Kasih telah ditonton hampir 19 juta penonton di televisyen (TV3) , belum termasuk yang dimuattturun di dalam internet . Dahsyat juga penangan Nur Kasih ni .

Oleh kerana itu , pengarah Kabir Bhatia dan penulis skrip Mira Mustaffa membuat keputusan untuk menjadikan drama ini dalam versi filem pula . Bagaimanakah smabutannya nanti ? Kita sama-sama lihat bermula 19 Mei ’11 nanti …

Sinopsis Nur Kasih The Movie

pic kidnap dari FB NKTM ;p

Filem Nur Kasih terbitan bersama Primeworks Studios, Film Scape Sdn Bhd dan Juita Viden Sdn Bhd ini masih mengekalkan teraju utama untuk tiga watak penting yang berjaya meninggalkan kesan di hati penonton iaitu Adam dilakonkan Remy Ishak, Nur Amina (Tiz Zaqyah) dan Aidil (Fizz Fairuz).

Bagaimana digambarkan dalam drama bersiri, begitu juga pembawaan watak ditampilkan dalam filem. Persembahan diberikan pelakon ini tidak mengecewakan terutama Tiz dan Remy.

Keserasian mereka sebagai pasangan suami isteri berhadapan pelbagai dugaan dizahirkan dengan baik, sehingga penonton dapat merasai kasih sayang yang begitu mendalam dan kesedihan dilalui.

Turut mewarnai filem ini pelakon berpengalaman yang tidak kurang memberi kekuatan dari sudut lakonan sekali gus berjaya menghidupkan lagi jalan cerita ialah Datuk Rahim Razali (Aidil berusia 70), Afida Es (Nur Amina berusia 70), Liza Othman (Hajah Khadijah), Muniff Isa (Mamat), Syafie Naswip (Jamal), Mia Sara (Mariam) dan Mohd Ilyas Suhaimi (Ilyas).

Nadi kepada Nur Kasih The Movie sebenarnya terletak kepada skrip yang dihasilkan Mira. Bertindak bijak, penulis skrip untuk filem Cinta dan Sepi itu cuba mengelak meruntun hati penonton secara keterlaluan seperti sering dipaparkan dalam kebanyakan drama Melayu.

Kekuatan filem ini terletak pada kekuatan pengucapan dialog yang ringkas tetapi penuh makna. Ia sudah cukup untuk mencuit hati penonton untuk bergenang air mata. Janji, reda dan cinta menjadi kata kunci utama kepada filem yang bakal ditayangkan di 70 pawagam termasuk Singapura dan Brunei mulai 19 Mei ini.

Mira berkata, sokongan diberikan penonton sepanjang drama bersiri Nur Kasih disiarkan TV3 dua tahun lalu, memberikannya inspirasi untuk menghasilkan skrip untuk filem. Lebih penting, dia tidak mahu mengecewakan mereka yang begitu meminati drama dihasilkan.

Katanya, skrip filem tidak sama dengan drama bersiri dan antara cabaran harus dihadapi adalah  menggambarkan perjalanan setiap watak utama.

“Cabaran paling besar apabila saya harus mencari penyudah kepada drama ini, memandangkan ramai yang mengikuti perkembangan watak utamanya bermula dari kecil sehinggalah akhir hayat mereka,” katanya.

Kabir pula berkata, antara sebab mengapa Nur Kasih The Movie dihasilkan kerana Mira sudah jatuh cinta dengan setiap karektor ditampilkan dalam drama bersiri Nur Kasih dan ia sering bermain di dalam kepalanya.

“Kami rasa ada banyak lagi perkara yang mahu diketengahkan membabitkan setiap karektor, tetapi tidak berpeluang untuk dipersembahkan dalam drama. Waktu sama, kami berasakan mempunyai cerita yang kuat untuk ditampilkan dalam filem.

“Begitu pun tidak dinafikan cabaran untuk menghasilkan jalan cerita agar tidak disamakan dengan drama bersiri agak berat. Mira harus mengolah skrip Nur Kasih The Movie beberapa kali sehinggalah kami benar-benar berpuas hati dan berasakan ia kuat untuk dipersembahkan kepada penonton,” katanya.

Kata Kabir, dalam menghasilkan filem ini, dia benar-benar berpegang kepada skrip dihasilkan Mira. Ia menjadi sumber inspirasi. Antara cabaran lain yang dilalui apabila penggambaran dilakukan di luar negara. Perbezaan cara kerja dan suasana memberikan dugaan yang agak besar dalam menyudahkan filem ini.

Bagi mereka yang tidak pernah menyaksikan drama bersiri Nur Kasih tidak perlu bimbang tidak memahami jalan cerita kerana filem ini dihasilkan Kabir dengan susunan plot penceritaan yang sangat baik.

Penekanan Nur Kasih The Movie adalah penghayatan emosi yang bakal menyentuh nurani penonton kerana isi filem ini benar-benar jujur menceritakan kehidupan manusia yang hidup sementara di dunia fana ini.

Nur Kasih The Movie turut menjadikan Jordan sebagai lokasi utama penggambaran mengisahkan kehidupan enam tahun kemudian membabitkan tiga jiwa yang sentiasa diuji. Aidil, seorang lelaki yang tabah meneruskan hidupnya bersama dua anak kecil tanpa isteri tercinta di sisi.

Adam yang mula menemui jalan lurusnya, berusaha untuk mengekalkan laluan hidupnya tanpa menyimpang lagi dan Nur Amina, seorang gadis suci ini semakin kental melalui cabaran hidup sebagai seorang isteri.

Ketiga-tiga jiwa ini masih memerlukan antara satu sama lain. Di saat getir seakan mahu memisahkan Adam dan Nur, Aidil setia antara keduanya walaupun dirinya juga dihimpit kerinduan teramat.

Credit to myMetro

Hurm …. untuk filem ni juge Tiz membuat sedikit kejutan dengan menyumbangkan suaranya dalam lagu OST Nur Kasih , berduet bersama-sama Yassin , penyanyi asalnya .

Melalui trailer yang ditayangkan di TV , filem ni nampak agak sad ending . Nur dan Adam akhirnya menimang cahaya mata mereka sendiri tetapi salah seorang daripada mereka meninggal dalam filem ini . Saya agak … Nur yang mati .

juga dikidnap dr FB NKTM

Ishhh … tapi tengok gambo ni macam Adam yang dalam keadaan kritikal ! Kita sama-sama tengok nanti ~ ;)

Lokasi penggambaran juga agak mencabar nampaknya – Jordan . Bukan senang nak berjemur bawah matahari yang panas terik sambil nak menghayati skrip , rite ? But they did it well …. :)

awesome ;)

Apekah gerangan nama tempat/lokasi di Jordan ni yer … teringin lak rasa nak pegi …. lalalalala ~

Ok thanx to FB NKTM . Saya kidnap gambo2 dari sana (kecuali gambo Tiz with Mia & Yassin tu) . Halalkan yea ~ ;)

Lirik OST Nur Kasih (Yassin feat. Tiz Zaqyah)

[Tizz]Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih
[Tiz&Yasin] Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Melayarkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih

– credit to Lagenda Budak Nakal


Incoming search terms:

9 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *