Supermak – Superwoman versi Malaysia ?

Salam ceria …

Drama yang dinanti-nanti ramai , Supermak (slot Aksi TV3 , Isnin 9.00 Malam) sudah pun mula bersiaran sejak semalam .

Biaselah , mak² macam saya ni mesti suke punyelah menonton drama² cenggini . Yang masih berstatus single pun suke jugak kan … :p

Kadang rasa jeles gak kenapa dia ada superpower macam tu kan … Senang le nak settle kerja² rumah dalam sekelip mata . Hahaha … nama pun drama ye tak … agak² dalam dunia realiti ni memang ada tak ? Saka ke , jin ke tak mau lah yer …

 

 

Jomlah layan sinopsis Supermak , credit to YangHangat … ;)

 

Supermak seorang ibu yang sangat luar biasa, mempunyai kuasa istimewa seperti kekuatan dan kepantasan dari nenek moyangnya yang bergelar Thani dari kepulauan Riau dan pulau tersebut jugak diterajui oleh nenek moyangnya.

Walau bagaimanapun dia terpaksa menyorokkan keistimewaannya tersebut dari suaminya yang juga seorang anggota polis iaitu Rees, lakonan Azhan Rani, mereka berdua mempunyai 2 cahayamata iaitu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayesha (Nelly) dan Amril (Haider Harris) .

Bashar (Zul Yahya) merupakan musuh tradisi dari salah satu suku kaum Thani di Riau, muncul dengan tiba-tiba untuk mengganggu ketenteraman awam dan termasuklah keluarga Amy Salim. Bashar sangat tamak orangnya, kuasa apatah lagi, dan akhirnya Bashar berjaya untuk menguasai seluruh Kuala Lumpur dan kumpulan gengster pun boleh tunduk dan patuh je dengan arahannya. Bashar juga sangat ditakuti ramai kerana mempunyai kuasa api dan hebat.

Yang bestnya ada lagi seorang pewaris dari keturunan Thani iaitu Camelia (Zara Zya) yang mempunyai kuasa Ais, tapi tunduk juga kepada Bashar, Menurut kisah silam, moyang Bashar telah mencuri pingat unik tersebut dari Thani, dan pingat itu terpecah kepada lima bahagian. Oleh itu, Bashar dan Camelia perlu bergabung untuk memerangi Amy untuk mendapatkan satu daripada pecahan pingat unik yang dijaga rapi olehnya.

Selain daripada mereka bertiga, Khalil (Syawal) dan Ghazi (Henzy Andalas) mereka juga mempunyai kekuatan telekenetik yang berupaya untuk menjadi halimunan, mereka juga berasal dari keturunan Thani. Watak mereka sedikit berbeza, mereka suka berjenaka dan suka mengusik Amy.

Bagaimanakah pertarungan antara mereka berlima? Apakah yang akan terjadi seterusnya? sama-sama kita saksikannya bermula malam ini 25 Julai 2011 di TV3 pukul 9 malam, setiap hari isnin, drama ini juga mempunyai 13 episode.

 

Ini ada sedikit video sedutan drama Supermak dari Youtube ;

 

Pendek bebenor video nye … yang lain² tu lagi ler … Mesti dah ada orang upload link episod 1 ni kat memana kan … ;)

 

 

Lakonan Nasha Aziz ni … boleh tahanlah … walaupun belum bergelar seorang Emak maupun ISTERI , tapi dia dapat menjiwainya walaupun dengan sedikit kegedikan … hehehe … lakonan dia mmg macam tu tapi saya suka gak tengok :p .

Hurmm … bukan Nasha Aziz ni sorang je leh jadi Supermak tau … den pun boleh … ekau pun boleh ! Malaysia boleh ! Tapi den tak buleh le nak panjat dan terjun bangunan macam gitu … mueheheheh ~ Setiap ibu , ummi , mak , mama kat donia ni ada kelebihan @ kesuperan masing² .

12 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *