Raya tak jadi !

 

Haru weih kalau raya tak jadi !

Ada sapa² di sini pernah mengalami insiden raya yang tak menjadi dan yang sewaktu dengannya ?

Alhamdulillah setakat ni tak pernah lagilah dalam hidop saya … :p

Hmmm … sebenornya nak letak sinopsis filem “Raya Tak Jadi!” lakonan Saiful Apek dan Johan Raja Lawak ni , ate saje teman buat gimik sikit…. ececece ~

 

 

Tertengok juga di sebalik tabir pembikinan filem ni di TV3 semalam . Boleh tahan menarik la juga . Antaranya babak Johan sebagai adik kepada Saiful Apek.Dia ni tabiatnya menjadi seorang pelupa setiap kali bangun tidur . Jadi abangnya terpaksa ulang-ulang skrip yang sama setiap kali dia terjaga dari tidur untuk memulangkan kembali memori adiknya ni . Antara bunyi skripnya lebih kurang begini ;

” Aku A , abang kau , B . Blablabla … “  ehh tetibe terlupe plak skripnyer … hehehh ~ jangan mare !

 

 

raya tak jadi

 

Sinopsis Filem “Raya Tak Jadi!”

 

Leo seorang ahli perniagaan Kurma telah merancang untuk menculik Penyimpan Mohor Besar Raja raja, Hj Ehsan (lakonan Jalaludin Hassan). Dia merancang begitu sebab kontena kurmanya tidak sampai seperti yang diharapkan dan dia mengalami kerugian. Jadi Leo telah mengarahkan pekerjanya Ali dan Abu menculik Hj Ehsan. Mereka berjaya menculik Hj Ehsan tapi tertukar teksi dengan teksi Shuib (lakonan Apek saiful).

Shuib ada seorang adik namanya Bob (lakonan Johan raja lawak) mereka berdua telah terjumpa Hj Ehsan dalam boot teksi yang disangka mayat Hj Ehsan. Namun akhirnya mereka sedar Hj Ehsan tidak mati lagi.

Abu dan Ali kemudian berjaya menjejaki teksi Shuib dan mereka mula merancang dan menculik ibu dan adik Shuib. Leo meminta wang tebusan dari Hajah Nisah (lakonan Noreen Noor) sebelum melepaskan ibu dan adik Shuib. Polis berjaya memberkas Leo dan pekerjanya semasa mereka bertukar wang dan tebusan.

Bila hari raya tiba, Shuib dan ibu serta adik beradik rasa sedih sebab mereka ni orang kurang berada, persiapan raya pulak tetap sama macam tahun2 lepas, dan serba kekurangan. Namun sambutan raya kali ni bertukar jadi meriah apabila Hj Ehsan dan keluarga datang menziarahi mereka dan membawa pelbagai hadiah sebagai membalas jasa baik Shuib dan Bob yang telah berjaya menyelamatkan dia. Shuib dan Bob akhirnya menjadi pekerja Hj Ehsan.
-Kredit

 

Kalau dah lakonan Saiful Apek dan Johan ni , sah-sah la filem bergenre komedi kan … beberapa kali dah tengok iklannya di kaca TV , nak ke panggung tu idak ler , jauh sekali . So tunggu DVD je lah kalau teringin sangat nak tengok pun .

 

Moh layan salah satu trailer filem Raya Tak Jadi ;

 

 

 

Beberapa hari yang lalu , saya dan encik hasben layan DVD filem “Sekali Lagi” . Memang beshhh … mantop betul lakonan Shaheizy Sam & Lisa Surihani yang dibantu oleh pelakon-pelakon mantop yang lain seperti Bront Palarae dan si cilik comel Miasara Nasuha => baca sinopsis di SINI .

 

Incoming search terms:

21 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *