Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Filem Flat 3A nampak seram giler

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Filem Flat 3A nampak seram giler

 

flat 3 a

 

Penerbit : David Teo
Pengarah: Azhari Mohd Zain
Syarikat penerbitan : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Melayu
Genre : Saspen , Thriller, Kekejaman, Hantu
Klasifikasi : U
Tarikh Tayangan : 14 July 2011
Tempoh : 95 min
Audio : Stereo
Skrip : Tiada Info

Pelakon : Intan Ladyana, Shasha, Ery Zukhairi, Adey Syafrien, Zaidi Omar, Khaty Azean

 

Mak aihhhh David Teo ni . Tak tido ka ? Heeee jangan marah maaa …

Berapa banyak you punya filem ha ? Baru tayang filem itu , dah nak tayang yang ini pulok . Hebat mung … hebat . Jutawan ni .

Dan yang peliknya kebanyakan filem beliau mesti box-office punya . Kan kan kan ? ;)

 

Saya ni memang peminat cerita² seram macam ni tau tapi yang ini nampak agak thriller lagi kejam . huhu ~ Lagipun tengah ‘membawa’ ni tak eloklah sangat layan cerita² gini … layanlah cerita² yang aman bahagia lagi sentosa gitu … ahahahah ~

 

Moh layan trailer filem Flat 3 A ni pulok ;

 

 

Seram .. seram … kejam !!!

~ APABILA DOSA SILAM MULA MENGHANTUI ~

 

Ha gitu tagline filem ni …

MORAL of the story yg saya dapat simpulkan drpd trailer itu ialah ;

 

  • jangan BERZINA … bercinta tu berpada-pada ler …
  • jangan GUGURKAN kandungan
  • jangan ikutkan sangat perasaan cintan cintun kat laki spesis macam tu
  • pandei² le tanggung sendiri dosa silam yg dah dibuat …
  • banyak²kanle baca quran + zikir … hantu pun takleh nak dekat weih …

 

Hahaha … suka suki saya aje nak buat moral of the story kannn … ? :p

 

Sinopsis Filem Flat 3A

 

Filem ini Mengisahkan tentang Fiqah, seorang pekerja kilang yang telah mengandungkan anak kekasihnya, Anas. Anas memaksa Fiqah untuk mengugurkan kandungannya tetapi Fiqah membantah. Fiqah dipukul dan di berikan ubat untuk menggugurkan kandungan. Kerana cintanya terhadap Anas, Fiqah menggugurkan juga kandungannya itu.

Fiqah mula dihantui perasaan bersalah dan fobia. Ratna, kawan baik Fiqah mengajak Fiqah berpindah di sebuah flat murah bersamanya. Tanpa di ketahui Fiqah , rumah yang didudukinya itu adalah rumah seorang dukun bernama Kang Suman yang di percayai telah menculik dan membunuh Fatin, seorang kanak-kanak yang tinggal berhampiran flat tersebut.

Kang Suman menghilangkan diri sama dengan hari kehilangan Fatin. Pelbagai usaha mencari di lakukan oleh ibu dan bapa saudara Fatin iaitu Wahyu, namun tidak berjaya. Di rumah, Fiqah kerap kali di ganggu. Pada mulanya Fiqah mengesyaki itu adalah perasaan trauma terhadap pengguguran yang dilakukannya namun setelah beberapa lama baru dia sedar dia telah di ganggu oleh roh kanak kanak. Fiqah memberitahu Ratna tetapi Ratna menggangap itu hanyalah perasaan Fiqah.

Pada suatu hari, Fiqah ternampak ibu Fatin sedang berkeliaran di sebatang pokok yang dihiasi dengan gambar dan origami. Dia seperti sedang bermain dengan anaknya. Fiqah berjalan ke arah pokok dan melihat gambar Fatin. Terkejut Fiqah apabila hantu kanak kanak yang asyik mengekorinya itu kelihatan seperti Fatin. Apa kaitan Fiqah dan Fatin?

 

-Kredit : http://suarabawahtanah.com/2011/07/03/sipnosis-video-trailer-flat-3a/#ixzz1RhFN0PCP
Hero filem Flat 3A ni saya mula² perasan masa dia berlakon jadi ex-tunang Fida dalam drama “Epilog Syurga Cinta” .Selalu gak dia ni berlakon watak laki ganas² , suke pukul² pompuan walaupun mukanya taklah ganas sangat .
tp yg ni heronyer Zizan Nin ...
Udah udah le tu …. babai ~
p.s : baby di dalam dah mula terasa sikit² pergerakannya … how luvly :x

Incoming search terms:

 

12 Responses

  1. sitisifir10 says:

    Rajin betul Hanie follow filem2 baru… k.pija tak dan dah…hehehe…

    Tapipun kalau cerita macam ni memang tak letak langsung dalam list teringin nk tengok… bukan takut, bukan juga takut pembawaan tapi mmg takde rasa nak tengok
    sitisifir10 ada entri terbaru… jom baca Resepi Bubur JagungMy Profile

    • Ummi Hanie says:

      sebenornye xde le folow pun .. dah terang2 tunjuk kat tv kan … so sajele nk tau cmne jln ceritanya…

      tp hanie mmg minat citer2 seram ni sjak kecik lg :p

  2. kakyong says:

    hanie,
    kakyong memang penakut kalo citer2 seram nih… hehhehe…
    kakyong ada entri terbaru… jom baca Kenali pemandu dan pengawal peribadi Tunku Abdul RahmanMy Profile

  3. puanbee says:

    nis nampaknya bee kena copy sikit2 dr sini , bee dah buat entri ritu …pastu entri hilang link ada dah di google waaa .. dr nak g delete di webmaster baiklah bee buat balik entri kan

  4. […] Meh tengok Trailer flat 3a dulu ..seram beb !.. sambil buka video you tube ni baru korang baca sinopsis di bawah baru ada feel tau haha… IDEA sikit2 dari ummiehanie […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *