Siapa Saya

Assalamualaikum dan Hi,

 

the lorax HD trailer

Saya tuan tanah di sini. :)

Nama pena blog, Ummi Hanie.
Tapi ramai panggil saya Nisa. Nis pun boleh.

Saya mula blogging sejak tahun 2008 menggunakan platform blogspot (blogger.com), ketika itu masih tiada arah tujuan apatah lagi niche blog pun tak tahu apa maksudnya. Dan ketika itu juga saya baru melahirkan anak ketiga, yang kini sudah berusia 7 tahun. Lama, kan? ;)

Bermula tahun 2010, barulah saya membeli domain .com sendiri, maka inilah dia blog ummihanie.com.

Saya seorang surirumah sepenuh masa, isteri kepada seorang penjawat awam dan sudah memiliki rumah sendiri di utara tanahair.

Kini, anak saya sudah 6 orang dan saya mengasuh sendiri tanpa bantuan bibik/maid, dengan kerjsama encik suami yang sangat rajin orangnya. Alhamdulillah ~

Tentu ada yang terfikir, blogger anak 6 pun masih nak blogging?

Pada saya, blogging merupakan salah satu terapi. Saya jarang² dapat menghadiri event di luar, jadi dengan blogging dan blogwalking + surfing internet, saya dapat releasekan sedikit stress saya. everybody got stress, okay? ;)

Selain blogging, saya juga menjalankan bisnis atas talian (online business) yang tertumpu kepada busana muslimah, aksesori wanita khususnya beg tangan berjenama COACH, produk² kesihatan dan kecantikan.

Secara umumnya saya blogging tentang;

  • lifestyle (aktiviti hidup saya dan famili)
  • travelog
  • makanan & resepi
  • sharing pengalaman parenting
  • bisnes online dari rumah

 

 

 

 

Personaliti saya, mungkin sedikit introvert, akan tetapi bila sudah kenal akan cepat mesra insyaAllah.

Saya pemalu orangnya. :) Saya juga bukan seorang yang cerewet tak kiralah dalam bab makanan atau memilih kawan…

 

Antara pengalaman paling manis dalam hidup saya ialah pergi menunaikan haji bersama-sama suami bagi musim 1435 H (tahun 2014).

 

Nak berkenalan lebih lanjut, boleh add saya di Gplus atau Facebook.

8 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *