Si Hijau yang manis

Entah bagaimana saya boleh terjebak dengan ‘kegilaan’ membeli Tupperware ini. Frankly speaking, kegilaan saya ni belum di tahap kritikal yer, baru tahap suka gitu² jer… Seriusss… *tangan di dada mata ke atas ^-^

Koleksi Tupperware pertama saya adalah hadiah perkahwinan dari emak kepada rakan sekolah saya. Satu set kotak besar! Bertuah saya kann… Berwarna-warni koleksi Tupperware di dalamnya. Ada 4 set mug, 1 bekas empat segi besar, 1 bekas roti, 2 bekas bulat dan apa lagi yer tak ingat. Hehee… Makcik tu memang member dan pengedar Tupperware yang aktif. Masa kawin tu pun muda lagi… tak minat sangat dengan benda² berkaitan pinggan mangkuk ni lagi. Tambah pula Tupperware ni, saya rasa macam mahal sangat yang sebenarnya berbaloi dengan kualitinya… Lagipun masa tu belum pegang duit sangat, nak mintak suami pun segan… tihihi. Jadi pakai sajalah dulu yang mana ada…

Last year (2012), seorang jiran suruh saya ambil satu set Tupperware kaler hijau – Blossom tu… memang kegilaan ramai juga warna hijau ni. So, saya beli jugalah walaupun pada mulanya memang tak terniat langsung nak beli satu set, sebab tak nak mulakan kegilaan.

 

 

 

kredit imej: Tupperware

 

Cantik kan set ni… Saya memang suka menggunakannya sebab; Plastik (tak pecah) dan ringan serta tak hodoh dihidang pada tetamu.

 

Sudahnya dalam koleksi saya sekarang memang banyak koleksi berwarna HIJAU. Kebetulan mungkin. Dan murah pula rezeki saya dapat hadiah berupa Tupperware ni. Tahun lepas, lucky draw dalam majlis dinner ofis suami, kami dapat set Tupperware warna biru. Tahun ini pula dapat lagi, set HIJAU juga! Melengkapkan lagi koleksi HIJAU yang ada….

 

Ikutkan hati, nak sambar set Corelle yang cun melecun tu. Tapi, sebelum beli set Tupperware Hijau Blossom kelmarin, saya dah terbeli set pinggan mangkuk kaca Pyrex dari mak saya sendiri… SO terpaksalah saya kuburkan dulu hasrat hati tersebut….

 

 

Stok pinggan mangkuk (beli dari emak) yang sudah  memenuhi gobok kaca yg merupakan hadiah ulangtahun perkahwinan ke-9 dari suami tercinta… Tak ada ruangan dah dalam rumah comel kami ni untuk letak barang banyak²…. Bila nak beli rumah besor? ;)

 

Incoming search terms:

14 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *