Si Teruna yang Pemalu

Tajuk bajet hot je. Tapi ini kisah benar. Cewah cewahh…

Si teruna yang seorang ni bila di sekolah, macam pijak semut tak mati. Ibarat ada emas dalam mulut. Tapi bila di rumah, becok bukan main bertanya itu dan ini. Itulah dia si teruna Ukasyah kami… Bukan Aqasha ok… ramai orang usik dengan nama retis² tu.

Minggu sudah pergi tandatangan kad laporan anakanda berdua tu, Kakak & Abang (Ukasyah). Hari sebelum nak pergi tu hati dah berdebar-debar, almaklumlah ‘askar’ ramai, siap yang kene gendong lagi, yang kena pimpin tangan lagi. Selalu kerja pegi sign report card ni dibuat oleh encik hubby.

Masa ni pula beliau tak ada lebih sebulan, makanya semua perlu dihandle oleh saya. Tapi syukur alhamdulillah ketika abah mereka tiada ni, tak terlalu susah nak handle. Tak banyak buat ragam, tak banyak karenah sangatlah pendek katanya. Faham ummi letih kot… Mujur belum masuk bulan puasa masa tu, mengah woo dukung baby tembam tu panjat sampai tingkat 3 ke kelas kakak. Dan pada pendapat sayalah, ibu² memang perlu belajar hadapi situasi sebegini supaya tidak terlau bergantung harap pada sang suami dalam segala hal. Maaf jika ada yang terasa ye. Saya ni taklah independent sangat, tapi bolehlah sikit² memandangkan lesen kereta pun dah sah ada… Cikgu dan kawan² pun macam heran² tengok saya bawa anak ramai² seorang diri. Erm, kenapa nak heran ye? ;)

Ceritanya laporan pelajaran budak² ni macam biasalah, ada yang meningkat, ada yang menurun. Overall, OK je alhamdulillah termasuklah behaviour mereka. Prestasi si teruna pemalu juga agak memberangsangkan jika dibandingkan dengan awal tahun dulu. Cikgu kata dia layak naik kelas yang lebih bagus tapi apakan daya, tak dapat pula… kena tunggu tahun depan juga. Merasalah anakku yang seorang ni duduk di kelas bawah selama setahun ye…

Prestasi Kakak pun Ok juga, cuma ada penurunan peratus markah sedikit berbanding ujian awal tahun. Sebut pasal ujian ni, kelmarin ada terbaca di blog Bee tentang sistem baru di sekolah ni. Sistem KSSR tu… tiada lagi ujian² dibuat untuk murid². Sistem memantau menggunakan “band” pula dikuatkuasakan. Setiap band memiliki penilaian bermula band satu bermaksud murid tahu, band dua (tahu dan faham), band tiga (tahu, faham dan boleh buat), band empat (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab), band lima (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji) serta band enam (murid tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali).

Guru kelas Ukasyah beritahu saya, sekolah mereka masih kekalkan ujian² dibuat seperti sebelumnya sebab mudah guru dan ibubapa nak pantau prestasi pelajaran anak² berbanding sistem “band” yang baru itu. Saya pun setuju begitu…

Selesai saja urusan menandatangan kad laporan, kami ambil Munirah di tadika dan misi mencari makan bermula. Dalam kepala ni ingat satu benda je. Pizza di Pizza Hut. Sambil tu nak meraikan anak-anak yang berjaya sedikit. Memang port kami di situ selalunya ;)

Sebelum masuk bulan puasa, dapatlah belanja anak-anak makan di Pizza Hutorder satu je pizza kecik makan di situ, lagi 2 tapau balik rumah :) Seharian makan pizza jek… lalalalla~

Ukasyah

Ukasyah

 

 

bby huzaifah

bby huzaifah

Baby hisap² sudu dan straw sajelah ye… :-P

zaid, kakak, oni

zaid, kakak, oni

 

Minggu ini, anak-anak berdua tu ada ujian di sekolah lagi… Gudluck darlings ! ;)

16 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *