Si Peramah di bulan Mei ’12

 

Salam bahagia dan salam 1 Syaaban 1433 Hijriyyah.

Tibalah masa untuk mengumumkan carta Si Peramah bagi bulan Mei ’12. Calon² top 3 adalah nama² baru dan…. didominasi oleh bloggers kaum adam ! oh apa sudah jadi pada bloggers kaum hawa yang biasa melepak dan borak² di sini? Ada yang sudah terkeluar carta top 10 dan yang masih kekal pun ada, jatuh tangga carta jek… :-p Ketiga-tiga mereka ini tak termasuk dalam carta top 10 pun bagi si peramah bulan April ’12 yang lalu. Tak caya pegi klik link tadi. Nampak tu…. siapa kata bloggers lelaki tak rajin beri komen?

Jom kita tengok nama siapa yang kena;

 

 

Apa macam? Memang terkejut juga tengok keputusan carta si peramah bulan Mei ’12 ni, teruja pun ada sebab dah bertambah pengomen setia kot? Ecececehhh… ;)

Apa pun, TERIMA KASIH banyak diucapkan buat kalian semua, termasuklah yang tidak berada dalam carta pun…. Maaf saya masih belum sediakan sebarang insentif (Punchtab sahaja yg ada setakat ni), dan seperti biasa link pengomen top 3 telah saya ‘gantung’ pada sidebar blog Ummihanie.com. Kome perasan tak?? Akubiomed dan Titan uii…. Cuma link feed blog Izzuddin Fauzi je saya tak berjaya cari…. Tak apalah, kalau tuan empunya badan terbaca entri ni, sila respon ye… Mungkin saya yang terlepas pandang, dan kalau linknya ada, saya akan gantungkan juga nanti selama sebulan.

Sebut pasal carta-marta ni, hati berbunga-bunga sebab tersenarai akhirnya dalam Top 10 Link Referrer dan Rakan Paling Mesra April 2012. Rezeki lagi alhmdulillah…. ^-^ Entri khas untuk itu akan menyusul insyaAllah…

 

p/s: dah start fikirkan kuih raya ke? ;) sabo yer… ni baru 1 Syaaban, ada lagi 2 bulan sebelum nak raya… tapi tokey kuih raya mesti dah start promo daripada sekarang ;)

 

 

 

25 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *