Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Si kecilku chakk !

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Si kecilku chakk !

Izzah Munirah

Salam sabtu.

Wah tajuk dah copycat TV3, karang kena saman baru tawu… ~ Sebenaunya entri ni langsung takde kena mengena dengan program Si Kecilku Chakk!  tu yer … jangan mare~

 

Entri santai² je kali ni… berkisar tentang anak daraku sorang yang sahamnya tak jatuh² lagi tu…. ahakss ~

 

Si Izzah Munirah (Onie) punye cerita ni lah… Dia bahasakan diri dia Onie yer … nama sedap² panjang aku bagi udahnye dishortcutkan sendiri dengan jayanya.

 

Budak ni memang petah jugaklah bercakap macam mak nenek. Terhibur juga hati ni bila dengar budak kecik mengomel²

 

 

Alkisahnye kami ni menonton laa DVD cerita Ngangkung … yang box-office siap masuk Malaysia Book of Record tuh … lakonan Bintang Paling Popular 2011 , Shaheizy Sam . Okeh kalo tak tawu sila Google yer.

Ada satu babak tu, si bapak yang giler mengangkung ni, Hazim (lakonan Sam) tampar anak dia, Wahi sebab main² dengan selendang ‘keramat’ dia yang diberi oleh seorang bomoh di Kelantan. Selendang tu kononnya boleh bawak luck laa bila tikam nombor ekor nanti, konfem kena Grand Prize punye. Astaghfirullah… Syirik tuh. Tiba² lancar je keluar ayat ni dari mulut anakku si Onie;

 

” Kan merajuk budak …. ” (bila tengok budak tu terjatuh atas lantai dan menangis peluk² mak dia)

Kami yang mendengar ni geli hati pulak dengar ayat spontan tu menunjukkan budak² seusia itu pun dah faham tengok movie .

Sambil tu selingan sikit trailer Ngangkung ;

Seram tak ? Seram tak ??

Kalau kome perasan ada scene budak melintas jalan dengan selendang merah tu … (sekitar saat 0:23 – 0:29 gitu) .

 

Dan…. lakonan si Angah Raja Lawak ni memang lawak. Nama pun Raja Lawak kan…. suke lak tengoknye.

Angah Raja Lawak

Baru² ni ada jugak keluar ayat yang lucu jugak bagiku seorang ummi yang mendengar anak keciknye berkata² ni . Berkaitan babak budak kena tampor dengan ayah dia tu jugak lah. Si Onie kata;

“Tak baik pukul²…dosa…” (dgn nada yang bersungguh²…)

Boleh pulak saya tergelak dengar dia kata begitu. Mana entah dia belajar dosa² pahala ni kan. Eh sape lagi kalau bukan dari mak bapak dia. Hehehhe ~ Iyelah, kadang² bila kita mengajar anak² ni mestilah kita sentuh bab dosa pahala ye tak. Kanak² ni kadang tu kita nampak macam tak mendengar je apa kita cakapkan, tapi sebenarnya telinga mereka sangat alert. Oleh sebab itu, selalu²lah bacakan mereka hadis² nabi dan ayat² Quran supaya hati mereka lembut dan senang masuk ajar. InsyaAllah.

Kami suami isteri sedaya upaya cuba adakan satu program khas setiap hari untuk membaca hadis² ni bersama² satu keluarga. Majlis TAALIM namanya.

Memang kanak² ni sukar nak duduk diam lama² untuk satu tempoh masa. Biarkanlah mereka bermain @ membuat aktiviti di sekeliling kita. Telinga mereka mendengar sebenarnya. Mudah²anlah. Cuba lakukan yang terbaik untuk mendidik anak² dengan ilmu agama sejak dari kecil. Tengok sajalah akhlak anak² zaman sekarang ni. Makin menjadi² dan sudah hilang malu… Risau lah !

 

4 Responses

  1. syamila says:

    betul tu hanie…
    syamila ada entri terbaru… jom baca Siti Nurhaliza sertai Askar WataniahMy Profile

  2. nza says:

    cerita tu dh lamakan hanie..kalu xsilap thn lepas…

    anak2 mmg peka pd prsekitaran, sbb tu sbgai ibu bapa kita pastikan guna prkataan yg baik2 dr segi prckpan n bahasa diri….InsyaAllah mrk xmudah trpengaruh…

    masa anak2 kecil dulu mmg suami akak amalkan tazkirah after solat maghrib smpai isyak..solat tu wajib brjemaah….so, bunyi je azan secara otomatik msg2 dh sedia disejadah…..
    nza ada entri terbaru… jom baca Selamat Hari Abah dan Ayah.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *