Si kecil 7 minggu

Salam bahagia buat semua….

Nak update perkembangan anak seorang demi seorang ni macam tak tersempat kaedahnya. Walaubagaimanapun, saya mencuba sebaik mungkin. Update tentang anak ni bukan nak menunjuk-nunjuk atau nak heboh-heboh pada orang lain, but more to self-therapy & meninggalkan coretan kenangan di alam maya. Blog ni wujud sampai bila saya pun tak tahulah kan… tapi selagi ianya bernyawa dan berkeliaran di alam maya, i’ll try my best. Update ringkas saja termampu buat masa ini.

Kisah perkembangan si kecil dulu. Sedar tak sedar dah SEBULAN lebih umurnya. Hari ini 13/12/2013, genap Muaadz berusia 45 hari atau hampir 7 minggu. Tempoh berpantang pun dah tamat. Hooreyyy…. Berpantang pun sendirian berhad saja, tak adalah disiplin sangat tapi saya rajin pakai bengkung tau. Haha… azam membara nak perut nipis macam Kate Middleton. eh?

kate middleton yang slim

sumber imej: google images

Genap Muaadz berusia 40 hari, kami semua dah sampai ke kampung di Perak (rumah mertua). Alhamdulillah, baby sangat baik sepanjang berada dalam kereta. Boleh kata dia tidur saja, menyusu pun sekali dua saja. Good boy! :)

cerita baby

Kronologi kisah kelahiran Muaadz

Ok sambung kisah si baby 7 minggu, Muaadz. Kisah kelahiran yang biasa-biasa saja. Rentetannya saya catat sedikit sebanyak dalam aplikasi Notes di dalam iPhone saya. Takut terlupa. Heh~ maklumle, dah semakin tua. :p

28/11/13 – Rasa macam sakit-sakit perut sikit, macam Braxton Hicks tapi kuat sikit dari biasa. So, ajak suami ke klinik bersalin Muslimah, Permatang Pauh. Seminggu sebelum tu dah check-up di lokasi yang sama, bukaan 1cm. Doc suruh datang minggu seterusnya, yakni tarikh ini. Syukur ketika check up minggu lepas tu, dapat jumpa doc yang saya target nak ambil servis dia ketika bersalin. Situ ada dua orang doc. Last masa bersalin Huzaifah saya dapat doc sorang lagi. Kali ni nekad nak Doktor Rosnah. Alhamdulillah dapat.

Saya terus dimasukkan ke wad, lepas VE (seluk) tu keluar “show” (tanda). Dah register semua tu, tunggu-tunggu sampai ke malam, 5 kali VE dibuat. Baru 2cm. Pheww~

Seorang nurse baik ni jenguk-jenguk tanya saya… “ni nak bersalin cepat ke lambat ke macammana”. 

Saya senyum je. Tak sure nak jawab apa. Contraction kuat, turun air ketuban semua belum lagi.

29/11/13 – Lebih kurang jam 7 pagi, Doc Rosnah masuk dan insertkan Prostin di bawah bagi membantu bukaan rahim. First time ni pengalaman masuk Prostin. Biasanya jenis drip kat tangan tu je (masuk ubat Pitocin).

10 pagi check bukaan, baru 3cm. Contraction dah mula sedikit kuat. Membawa ke petang. Lepas Asar doc suruh misi pasang drip di tangan saya untuk masukkan Pitocin (induced). Benda yang sangat saya tak mahu tapi terpaksa.

Dalam pukul 6 petang, doc masuk bilik wad lagi untuk pecahkan ketuban. Ketika itu, parents saya ada di bilik datang melawat.

Macam biasa, selukan dibuat lagi. Sampaikan nak buang air kecil atau besar pun kena seluk dulu sebab takut terveranak di toilet. kikiki…

Contraction sudah semakin kuat, boleh kata 2 minit sekali gitu sela masanya. Bukaan baru 4-5 cm gitu. Sabarrr….

sakit

saat begini, tahap kesakitan ialah 8 dan 10

Selepas maghrib dalam pukul 8.15 malam macam tu, misi ajak masuk Labour Room (LR). Walau dah beranak 5 kali, gabra tetap sama macam nak beranak anak pertama, kedua, ketiga. Jihad wanita namanya ;)

Dan inilah kali pertama pengalaman bersalin ada member. Saya masuk LR dulu, tapi member tu selamat bersalin dulu. Selang beberapa minit, giliran saya pula. Lepas saya selesai, member tu dah masuk bilik wad, masuk patient keguguran pula. Memang sibuk Doc Rosnah pada hari itu.

Kali kedua ditemani suami selepas bersalin anak keempat, 4 tahun sudah bersalinkan Zaid. Kenangan teramat manis bila suami dapat teman. Bertambah kecintaan gitu…. :D Saya tak minta suami teman pun pada asalnya, terkjut juga tiba-tiba suami muncul dalam LR. Dah suami masuk, terus temankan sajalah. Habis tangan dan badan suami jadi mangsa ketika kesakitan yang amat. hehehe…

Anak-anak juga beri kerjasama yang sangat baik ketika ummi ‘bertarung’ dalam LR. Semua 5 orang duduk tunggu dalam bilik wad ummi mereka. Ketika itu, kedua-dua anak perempuan kami demam. Demam nak dapat adik gamaknya.

9.43 malam – Syukur alhamdulillah, baby selamat keluar. Sejujurnya ketika dalam kesakitan, saya rasa macam tak reti nak meneran. Rasa macam tak ada tenaga. Tapi suami yakinkan saya, akan ada tenaga luar biasa nanti. Betul katanya. Dalam 3 – 4 kali teran, baby keluar. Itulah dia si Muaadz. Lahir dengan sihat, cukup sifatnya.

Hampir jam 11 malam, barulah suami dan anak-anak berangkat pulang ke rumah. Kesian mereka lama memnanti saya di LR untuk proses jahitan dan sebagainya. Esoknya 30/11/2013 ialah hari jadi abang kepada baby, Huzaifah yang genap berusia 2 tahun dan 5/11/13 pula birthday abang Ukasyah yang ke-8. Selamat hari lahir cinta² kecilku :)

gambar kanak-kanak

kiri ke kanan: huzaifah, muaadz, zaid

Ummi up status di wall Facebook…

anak lelaki

Incoming search terms:

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *