Si dia tidak mahu lepaskanku lagi

Salam wbt.,

Siapakah si dia?

Jejaka tampan berkaca mata rayban?

Atau jejaka berkopiah dan berjanggut keperang-perangan? ehem… itu sudah pasti :)

Akan tetapi si dia dalam ‘drama bersiri’ ini ialah si bayi lelaki comel yang sudah pun genap berumur setahun

tanggal Oktober ’14 yang lalu…

gambar bayi lelaki comel

gambar ‘throwback’: tayang gigi dua di bawah. sekarang sudah 4

Kesian anak kecil ni kena tinggal hampir 50 hari.

Moga-moga dia membesar menjadi anak soleh yang kental jiwanya seperti para sahabat Nabi. Amin.

Balik dari haji, ekspresi dia sangat baik.

Dia tersenyum melihat ummi dan abah pulang semula ke pangkuannya.

Tiba-tiba saja pandai menunjuk ke arah kami menggunakan jari telunjuk mungilnya tu.

Mak udanya kata tak pernah-pernah dia pandai buat begitu.

Terima kasih banyak-banyak mak uda, pak uda, mak yang, pak yang dan semua yang terlibat dalam menjaga anak-anak kami ni ketika pergi haji. Moga Allah yang balas jasa kalian.

Sambung semula kisah budak setahun jagung ni.

Di majlis kecil2an potong kek hari jadi 2 beradik; Muaadz (1) & Huzaifah (3)

Di majlis kecil2an potong kek hari jadi 2 beradik; Muaadz (1) & Huzaifah (3)

Serik ditinggalkan lagi barangkali.

Saya nak ke bilik air pun dia menangis.

Nak ke dapur memasak hatta bancuh susu pun menangis.

Fobia gitu.

Nak online pun kena tunggu dia tidur!

Yelah, kesian kan kecil² dah makan hati kena tinggal mak bapak.

Saya pun umur 8 tahun baru kena tinggal emak abah buat pertama kali.

Punnn menangis² tarik baju mak. Hahaaa kenangan… ~

Anak kecil pandai berdikari

Menurut cerita mak udanya, dua beradik ni (Muaadz & Huzaifah) pandai tidur sendiri di bilik mereka.

Pandai berdikari bila mak bapak tiada.

Bila dah ada, memanglah manja tak hengat.

Tak apalah, kita manjakanlah dulu ketika kecil begini. Bayi pulak tu.

 

Sedikit sebanyak perkembangan Muaadz (1 tahun);

? Gigi susu sudah ada 8 batang. 4 atas, 4 bawah. adil lagi saksama :)

? Sangat suka makan & makanan. Sekarang takyah buat bubur dah, nak makan nasi macam kita juga.

? Merangkak masih lagi, tapi dah pandai melangkah/berjalan. horey!

? Pandai berbotol susu since ditinggalkan haji. Jadi sekarang ni breastfeed + FM

? Mula nak berceloteh sikit² – bahasa Jerman bayi :p

? dia dah slim banyak ! ini ummi sedey sikit tapi redha asalkan sihat

 

muaadz collage

Muaadz: newborn – 3 weeks. macam mimpi ja dah setahun!

 

 

Cerita pasal hari lahir nak, meluah rasa la pulak… kesian si abang Zaid yang birthday nya jatuh pada hari kami berangkat ke tanah suci. Tak dapat nak sambut… hanya titipkan ucapan saja di telefon… Genap sudah Zaid berumur 5 tahun.

 

gambar kanak-kanak lelaki comel

3 ABDUL :)

 

 

Start bulan Ogos – November tak henti² birthdays anak² kecuali bulan Julai yang belum ada.

Abahnya target nak sorang bulan Jun. Tercapaikah? jeng jeng jeng…

Itu kena tunggu 2 tahun lagi ;)

16 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *