Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Shopping kasut raya anak di Zalora

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Shopping kasut raya anak di Zalora

Salam dan Hi,

Wanita dan shopping memang tak dapat dipisahkan, betul tak? Walaupun bukan 100% semua wanita dalam dunia ni shopaholic, tapi saya yakin majoritinya ya. Ditambah pula dengan kemudahan shopping online yang menjadi trend masa kini, bertambah mudahlah kerja shopping. Hanya di hujung jari saja!

Pengalaman saya sendiri sudah melakukan shopping online sejak beberapa tahun yang lalu, dan kini menjadi peniaga online juga. Serius tak tipu. Haha ~ Dari kain baju, kasut, handphone, banyak lagi item yang saya pernah beli secara online. Alhamdulillah setakat ni tak pernah ditipu lagi.

Shopping kasut raya anak di Zalora

Cadang awalnya nak beli kasut anak dara sulungku sempena hari lahirnya yang kesepuluh. Tapi, tapi… raya Aidilfitri pula menjelma terlebih dahulu. So, tak sempat nak buat birthday surprise, hadiahkan je ketika raya… Tak apelah…

Syukur, saiz yang dibeli memang ngam² dengan kaki kakak, sebab Ummi dah spy saiz kasut kakak ketika dia ke sekolah. Hikhik~

Kasut raya kakak yang Ummi pilih jenis “gladiator”. Nama penuh: KID Z Girls Floral Print Gladiator. Ada zip di belakangnya. First time beli kasut jenis begini, dan Kakak pun suka. Sekali pandang di web Zalora, terus terpikat dan terus klik butang “Add to Cart”. Harga pun berpatutan. Hanya RM26, belum termasuk diskaun belian pertama kali! ^-^ *tapi saya cari² semula kasut ni di Zalora, dah tak jumpa. Yang ada hanya untuk saiz toddler. Comel je.

Pembelian sebanyak RM75 ke atas dapat penghantaran percuma. So, haruslah cukupkan kuota. Dan ada jaminan pemulangan percuma dalam 30 hari dari tempoh pembelian. Nanti saya ceritakan pengalaman pemulangan 30 hari percuma ni pula. Setiap pembelian akan disertakan resit online dan resit real yang disertakan dalam kotak Zalora.

kasut raya kakak pandangan hadapan

 

kasut raya kakak pandangan belakang

 

Sempena my birthday aritu, Zalora ada beri kupon kod khas, tapi sampai sekarang masih tak guna² lagi. Entah masih valid atau tidak. Tapi tak apa, Zalora ni selalu bagi kupon. Bestlah. Lepas ni nak try beli kasut untuk diri sendiri pula. Geram² ai tengok kasut Wedges dia tauu…. ! Arghhhh… !  <= trademark Zalora bila poslaju delivery sampai. Hehehe ~

 

Incoming search terms:

 

29 Responses

  1. titan says:

    pehh..kasut raya tu nampak menarikk la tengok.

  2. suri says:

    asal muat dan sempadan oklah dari beli tak muat jenuh gak tu..

  3. Raudzah says:

    kita belum berkesempatan shopping kat Zalora..ramai yang dah promote . Agaknya sebab kita suka try try dulu kot tu yang tak teringin lagi nak mencuba shopping online..nway good servicekan..

  4. akubiomed says:

    Tidak berani beli kasut atas talian selagi tidak mencuba saiznya padan atau tidak.

  5. sweetkurma says:

    belum ada pengalaman beli kasut online

  6. Ummi Hanie says:

    kan.. semua mak syg kan anak2nyer… ;)

    nnti awak dah ada anak nnti, mesti blanja anak macam2 ;)

  7. Ummi Hanie says:

    takpe pahan, boleh return cepat2 dlm tempoh 30 hari… pulangkan skali dgn resitnya. kos pos pun ditanggung ;)

  8. Yati says:

    Cantik kasut. Berpatutan harganya yek.
    Belum ada peluang shopping kat zalora lagi. Selalu shopping online benang dan craft supplies saje. :)

  9. Denaihati says:

    bergayalah kasut tu, selamat hari lahir buat kakak, semoga jadi anak yang solehah.

  10. Joe says:

    Due due pun corak hampir sama…

  11. saya dapat voucher then sy beli tuk si dia hehe

  12. profhariz says:

    Zalora dan lazada mana satu pilihan akak?

  13. devi says:

    aihhh cantiknya…..

  14. akubiomed says:

    Saya tidak berani beli kasut di Zalora. Kalau yang lain sudah. :-)

  15. nur arifa says:

    ade yang kata susah nak shopping kt zalora …huhu tp sy belum prnah try shopping ngn zalora lg myb one day…tq 4 sharing sis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *