Shawl labuh (wide shawl) WorldofHijab memang selesa dan bergaya

Salam wbt,

Shawl labuh (wide shawl) WorldofHijab | Trend shawl memang sedang naik sekarang ini di kalangan rakyat Malaysia, walaupun ia sudah lama dipakai oleh kalangan bangsa Arab. Terkini, saya sudah memiliki salah satu koleksi shawl dari WOH (WorldofHijab)

Pengakuan: Saya seorang penggila tudung. Dalam sebulan dua ni dah ada la 3-4 helai tudung dan shawl yang saya beli.

Asalnya memang sangat tak reti nak meliit shawl. NOOB yer bahasa sekarang ni.

Cuba² lilit pun tak menjadi macam yang diajar dalam tutorial di youtube yang berlambak tu.

Kalau lilit pun jadi tak kemas la, tercabut² la… lahai ~

Tapi saya tak putus asa, saya cuba-cuba jugak dan akhirnya sendiri dapat ilham bagaimana nak pakai shawl.

Mungkin proses penghadaman hasil dari menonton tutorial youtube…

Sel² otak sudah mula berhubung kembali. Maklumlah, dah tua… lambat pick up sikit. ahakss…

Basic pakai shawl ni mudah je… biasanya mesti sebelah panjang, sebelah pendek.

Then sebelah yang panjang tu dilikit ke belakang kepala kemas².

Kalau tak boleh faham apa yang saya explain ni, boleh tengok tutorial pakai shawl di WorldOfHijab sendiri.

Bila pakai shawl ni, automatik terasa dan kelihatan muda begitu…

Saya memang sangat suka dan kadangkala cemburu melihat orang menggayakan shawl dengan lilitan yang tidak terlalu over,

just make it simple.

Dah siap lilit wide shawl tu nanti, jadi la macam ni….

inilah wide shawl saya….

Kenapa saya pilih wide shawl?

Saya tak sukakan shawl pendek kerana tak cukup syarat untuk menutup aurat dan belakang badan.

Dengan wide shawl WorldOfHijab, aurat dapat ditutup dengan selesa dan sempurna kerana bidang shawlnya besar, mudah untuk adjust mengikut keselesaan tuan empunya badan.

 

Material : Soft Chiffon

Panjang : 2.0 meter

Lebar : 0.5 meter

Tahniah kepada team WorldOfHijab kerana berjaya menghasilkan shawl² yang berkualiti dan cantik.

join worldofhijab

11 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *