Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Akibat kemaruk nak jadi model …

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Akibat kemaruk nak jadi model …

Makin ngeri berita² semasa ni. Lebih² lagi bila keluar berita gadis² dengan rela hati menyerahkan tubuh kepada yang tidak berhak.Apa,singkat sangatkah akal fikiran sehingga terjadi begitu?Atau iman tidak cukup di dada?Atau terlalu nak mengejar duniawi ….

Baru² ini , dek kemaruk nak jadi model profesional kononnya,sebilangan gadis di negara ini terpedaya dengan seorang lelaki yang mengadakan temuduga palsu untuk menjadikan mereka model.

KUALA LUMPUR: Tertarik untuk menjadi model profesional dengan pendapatan lumayan, seorang lelaki menyamar penguji bakat memperdaya sekurang-kurangnya 15 gadis untuk dirakam gambar bogel sebelum melakukan hubungan seks dengan mereka sejak awal tahun ini.

Lelaki terbabit yang berusia 30-an dan menyamar penguji bakat di sebuah syarikat peragawati terkenal ‘mengumpan’ mangsa melalui laman sosial dengan menawarkan pendapatan lumayan dengan hanya bergaya di depan kamera.

Terbaru, dua pelajar masing-masing berusia 18 dan 19 tahun menjadi mangsa lelaki terbabit sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini, kelmarin.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, dalam kejadian jam 2 petang, 30 Oktober lalu, kedua-dua mangsa yang mengenali lelaki terbabit melalui laman sembang sosial diminta ke tingkat tujuh sebuah hotel di ibu kota untuk sesi uji bakat.

“Kedua-dua mangsa yang berminat menjadi model profesional tanpa ragu-ragu pergi ke sesi uji bakat berkenaan secara berasingan. Sebaik tiba di sebuah bilik di hotel berkenaan yang kononnya digunakan untuk sesi uji bakat itu, suspek mengarahkan mangsa menanggalkan pakaian.

-Kredit sumber: Harian Metro online

Haiii … kalau dah dengar perkataan hotel-motel tu,tak usahlah terima apa-apa tawaran secara bulat-bulat … Fikirlah sikit …. Janganlah kemaruk sangat naa … Kan habis body dah tergadai . Nauzubillah . Moga perkara seumpama ini dijauhkan dari anak-anak , saudara-mara dan kawan-kawan kita …. Amin .

Incoming search terms:

 

17 Responses

  1. zie fauzi says:

    ngeri betul la cerita2 sekarang ni.. macam2..

  2. nza says:

    sanggup gadai maruah krn cita2…apa la nk jadi dgn remaja skrg.

  3. puan kutu says:

    ada otak letak kt lutut tu salah sendiri.haha…

  4. puanbee says:

    yang budak2 tu , diorang suruh bukak baju depa pun bukak , ade ke patut , tk syak apa2 ke.. eii geram

  5. kakyong says:

    menakutkan sungguh dgn kes2 mcm ni..

    anak2 remaja nih, jgn sesekali dibenarnkan keluor rumah tanpa ditemani ahli keluarga.. tp budak2 skrg nih, terlampau berani.. ada yg tak pndai jaga maruah diri.. ada yg jd mangsa.. & ada juga kes, sekali dah jd mangsa, dia terus jd liar… sedih betul dgn kes budak2 remaja skrg nih..

    • Ummi Hanie says:

      iye lah kkyong ,,,

      klu kanak2 ni,takut nk lepas sorang2 sbb kes culik .. klu dah remaja pulak kes mcm ni le riso bebenor … jgn le dpt kwn2 yg xelok perangai kan … takut trpengaruh

  6. titan says:

    model ni bangang ke sampai serah tubuh??

  7. Denaihati says:

    sendiri cari nahas ni…

  8. ayu jamal says:

    harap2 keluarga kita selamat..jauh dari benda2 mcm ni, kita pown ada anak dara…selisih malaikat 44

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *