Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Seni tampal-menampal bersama anak-anak

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Seni tampal-menampal bersama anak-anak

Dah lama sebenarnya tak berseni-senian dengan anak-anak ni.Selalu saya biarkan saja mereka dengan aktiviti sendiri – bermain sesama mereka , membaca buku , mewarna , melukis … Tambah pula saya sibuk berpantang (pantanglah sangat .. :p) dan baru dapat baby baru ni , so nak kena sesuaikan diri dengan “situasi baru” yang agak mengambil masa sedikitlah .. :p

Aktiviti seni menampal-nampal bersama anak-anak ni sebenarnya dah lama berlalu , akan tetapi saya tak mau memori ini berlalu begitu saja , maka saya nak abadikan sedikit dalam bentuk entri sebegini … *gambar memang tgh tahap malazzz nak letak watermark :p

Ya … inilah dia aktiviti tampal-menampal sedang dilakukan oleh dua adik-beradik ini – Abang Ukasyah & Munirah .

Apa yang kami lakukan ?

Ok.Sebelum itu saya ambik sehelai kertas A4 yang suci bersih . Kemudian saya lukiskan border yang cincai dan juga melukis 3 kuntum bunga di dalam sebuah pasu . Ala , common punya lukisan lah … janji buleh bikin tampal-tampal :p .

Menangi tiket Percuma tayangan perdana Mission Impossible 4 !

Next , saya koyakkan sehelai kalendar lama (bergambar pemandangan di New Zealand) dan saya guntingkan kecil-kecil . Mostly dalam bentuk segitiga lah …

Then ambil gam dan lekatkanlah semua cebisan kertas yg dah digunting² tadi pada lukisan pokok bunga tadi termasuk juga bordernya hingga penuh.

Bila sudah siap sepenuhnya akan jadi begini ;

Senangnya amat kan … ! Sebenarnya saya yang banyak buat aktiviti tampal² ni sebab anak² baru nak memerhati … akan tetapi mereka yang siapkan tampalan² terakhir tu..syabas betteh ! :p

Cuti² sekolah macam ni lagi banyak aktiviti sebegini boleh dilakukan bersama anak².(sedang menunggu abah depa isikan ink printer penuh² so boleh print out aktiviti kanak² dari internet sesuka hati :p ) . Daripada leka menonton TV atau bermain video/computer games , saya lebih suka mereka berkreatif² dengan apa cara jua sekalipun yang kebanyakannya adalah aktiviti indoor saja kan … Ouh lamanya tak bawa anak² berbasikal.Rindu pula rasanya … tayar basikal pun dah pancit² :p

Incoming search terms:

 

26 Responses

  1. ibuhani says:

    aktiviti yg bagus ni ummihanie! Keep it up………memeupuk kerjasama n kasih syg dlm keluarga. I like!!!

  2. iEyLa says:

    sangat suke aktiviti nih..huhu…

  3. hajar says:

    cantik la hasilnyer… :D

  4. eiela says:

    tampal-menampal macam kolaj ek kak.

  5. puanbee says:

    haha nis , semalam bee bawak anak2 bee main pasir , korek tanah segala , balik semua dah letih , kadang2 memang kena buat aktiviti lain dr yang lain..

  6. MamaYatie says:

    Ummi Hanie,
    seni tampal2 ni dipanggil kolaj..boleh pakai kertas kaler2 mcm tu, kacang hijau, kapas or apa shj benda yg boleh melekat..interesting ni…
    cantek hasil keja mereka, nampak kemas jer :)

    • Ummi Hanie says:

      kolaj yer mama yatie … sy terlupa terms tuh :p so panggil tampal2 je lah … haha ~

      aah , sy ade tgk rncgn tv tntg arts ni … pakai kcg hijau , serbuk halus berwarna warni tu… mcm2 lah lagi kan … mmg best ;)

      cntek ker … byknye sy yg tlg buat … hehe

  7. intan_blur says:

    best..idea yg menarik..dah lame x buat mcm nih..tu xzaman dolu2

  8. izan ishak says:

    kolaj ni mmg belajar masa kat sekolah dulu kan. anak2 kak izan pun kalau jumpa gam ngan kertas ni laju je. kalau boleh semua benda dia nak tampal atas kertas.

  9. puan kutu says:

    best buat kolaj nie..tp klu buat dengan aiman,alamatnya ibulah yg siapkan..:)

    ink printer br isi,nti nak buat aktiviti jugak.hehe

  10. kakyong says:

    memang betul hanie , bila anak2 dah ralit dgn xtvt belajar ni, depa akan makin kurang tonton tv.. anak2 kakyong la ni pun tgk CD belajar pun dah berselang hari… sonok sgt bermain, sonok baca buku..

  11. mama adam says:

    bestnya. seronok. nanti, boleh di frame kan hasilnya.

Leave a Reply to Ummi Hanie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *