Seni tampal-menampal bersama anak-anak

Dah lama sebenarnya tak berseni-senian dengan anak-anak ni.Selalu saya biarkan saja mereka dengan aktiviti sendiri – bermain sesama mereka , membaca buku , mewarna , melukis … Tambah pula saya sibuk berpantang (pantanglah sangat .. :p) dan baru dapat baby baru ni , so nak kena sesuaikan diri dengan “situasi baru” yang agak mengambil masa sedikitlah .. :p

Aktiviti seni menampal-nampal bersama anak-anak ni sebenarnya dah lama berlalu , akan tetapi saya tak mau memori ini berlalu begitu saja , maka saya nak abadikan sedikit dalam bentuk entri sebegini … *gambar memang tgh tahap malazzz nak letak watermark :p

Ya … inilah dia aktiviti tampal-menampal sedang dilakukan oleh dua adik-beradik ini – Abang Ukasyah & Munirah .

Apa yang kami lakukan ?

Ok.Sebelum itu saya ambik sehelai kertas A4 yang suci bersih . Kemudian saya lukiskan border yang cincai dan juga melukis 3 kuntum bunga di dalam sebuah pasu . Ala , common punya lukisan lah … janji buleh bikin tampal-tampal :p .

Menangi tiket Percuma tayangan perdana Mission Impossible 4 !

Next , saya koyakkan sehelai kalendar lama (bergambar pemandangan di New Zealand) dan saya guntingkan kecil-kecil . Mostly dalam bentuk segitiga lah …

Then ambil gam dan lekatkanlah semua cebisan kertas yg dah digunting² tadi pada lukisan pokok bunga tadi termasuk juga bordernya hingga penuh.

Bila sudah siap sepenuhnya akan jadi begini ;

Senangnya amat kan … ! Sebenarnya saya yang banyak buat aktiviti tampal² ni sebab anak² baru nak memerhati … akan tetapi mereka yang siapkan tampalan² terakhir tu..syabas betteh ! :p

Cuti² sekolah macam ni lagi banyak aktiviti sebegini boleh dilakukan bersama anak².(sedang menunggu abah depa isikan ink printer penuh² so boleh print out aktiviti kanak² dari internet sesuka hati :p ) . Daripada leka menonton TV atau bermain video/computer games , saya lebih suka mereka berkreatif² dengan apa cara jua sekalipun yang kebanyakannya adalah aktiviti indoor saja kan … Ouh lamanya tak bawa anak² berbasikal.Rindu pula rasanya … tayar basikal pun dah pancit² :p

Incoming search terms:

26 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *