Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Senarai Panduan Pencegahan Jenayah : Ragut & Seluk Saku

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Senarai Panduan Pencegahan Jenayah : Ragut & Seluk Saku

Bismillahirrahmanirrahim,

Di sini saya nak berkongsi sedikit sebanyak senarai panduan pencegahan jenayah ragut dan seluk saku .
Semoga bermanfaat . :)

Tempat di mana sering berlaku

Kejadian kerap berlaku di tepi jalan dan di lorong sunyi . Biasanya peragut berjalan kaki dan bermotosikal

Penyeluk saku sering bertindak di tempat yang sibuk.

Bagaimana boleh berlaku

  • Menyimpan wang atau dompet di saku yang terbuka.
  • Memakai barang kemas dengan ketara dan mendedahkan untuk tontonan.
  • Berebut-rebut menaiki kenderaan awam atau berada di tempat sesak.
  • Membawa beg tangan dengan cara yang mudah diragut.
  • Meletakkan beg tangan di tempat duduk semasa memandu kereta (passenger seat)
  • Sibuk menjawab panggilan telefon /sms sehingga lupa keadaan sekitar.

 

jenayah ragut

Cara Pencegahan
  • Bawa wang sekadar mencukupi untuk membeli-belah. Simpan wang dengan baik bagi mengelakkan penyeluk saku mengintai peluang.
  • Bagi wanita, beg tangan seelok-eloknya dibimbit untuk mengelakkan diragut oleh peragut bermotosikal.
  • Bagi lelaki, dompet elok disimpan di dalam kocek berbutang.
  • Jangan biarkan beg tangan diletak ditempat yang mudah dicapai oleh orang lain ketika membeli-belah atau ketika memandu (Passenger Seat).
  • Pastikan anda mengepit/membimbit tas tangan dengan kemas ketika berjalan di tempat yang sibuk/sesak.
  • Jangan memakai barang kemas yang terlalu banyak ketika berada di tempat awam.
  • Elakkan dari berjalan di tempat yang sibuk dan berebut-rebut.
  • Jangan mudah lalai oleh kekecohan yang dilakukan oleh orang yang tidak kenali dan tawaran untuk menolong membersihkan baju anda.
  • Elakkan daripada tertidur semasa menaiki kenderaan awam atau meninggalkan barang kepunyaan anda tanpa dijaga.
  • Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali dan cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab umpamanya bertanyakan alamat, nama orang dan sebagainya.
  • Periksa segera dompet atau beg tangan anda jika dilanggar atau diasak oleh orang lain.
  • Sentiasa berwaspada dengan persekitaran semasa menunggu di perhentian bas dan menjawab telefon/sms.capaian kat http://www.rmp.gov.my/index.cfm

 

7 Responses

  1. kawie2020 says:

    >bagus untuk peringatan semua.. keep it up..

  2. Ummi Hanie says:

    >thanx Kawie .. manusia ni mmg sifatnye pelupa..dah tau tp x ingat2

  3. ??syahadah?? says:

    >akak pikir2 sekarang manusia mmg hilang sikap menusia nya..kadang kala kita leka dan terdedah dgn jenayah ni..lalai sikit sure terjebak

  4. mummyseri says:

    >salam hanie..bagus kongsi panduan ni.penah ada pengalaman dulu kwn sendiri diragut mat rempit dpn mata..mmg x bole lupakanla..dorang mmg x berperikemanusiaan kan.

  5. Ummi Hanie says:

    >syahadah : haah kak..betul sgt tu..manusia skrg x rupe manusia..dan malang tu mmg tak berbau ler..mummyseri : wslm mummyseri..sama2 yer..kwn sndr diragut dpn mata?eii..mau trauma gak gitu kan ?kalo sampai trkorban nyawa tu lg la..:(

  6. hasnurul says:

    Salam.. Saya copy post anda ini. minta izin yea? thanks.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *