Semangkuk mee kari dan 2 pinggan roti canai

semangkuk mee kari yang sedap

Sedap betul mee kari ni. Berbaloi kot tunggu lama sikit. Lama pun tak makan mee kari, syukurlah dapat yang sedap macam ni. Mangkuknya besar pulak tu ;) . Udang ada 3 ketul (besor), fishcake dan fishball pun banyak. Tak pedas sangat, taste karinya pun saya suke suke suke…. :) Lain kali boleh order lagi.

Lokasi? Tak sampai 2 kilometer je dari rumah. Tihihihi….

Plan asalnya nak ke lokasi lain cari kueytiow kungfu. Macam mengidam pulak tapi ! Bukan mengidam sebab ada ‘isi’ di dalam yer… no no no…. cuma nafsu nak makan menguasai diri. Hihihihi… 2-3 lokasi yang nak dituju takde rezeki. Drive berapa kilometer entah, alih-alih tuju ke kedai makan yang paling dekat dengan rumah jugak…. tak ke katun namenye tu.

 

 

Yang anak dara dua orang ni ku orderkan roti canai je. Pun lama jugak tunggu order sampai tapi sedap. Gebu je rotinya. Rasa dia pulak memang sedaplah. Okbai ! ;)

 

Lupakan semua kerja sebentar. Jom #HolidayAtGenting !

 

Incoming search terms:

20 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *