Semakan online PLKN 2014

Salam bahagia…

Lepasan² SPM 2014 ada yang ternanti-nanti dan berharap mendapat panggilan untuk menyertai PLKN, malah ada juga yang sebaliknya.

Ketika ini tentu ada yang sedang melayari internet untuk membuat semakan panggilan PLKN. Bagi yang berharap dan berjaya mendapat panggilan, tentu melompat gembira. Yang tidak mengharap tetapi dapat panggilan, mungkin bermuram bersedih hati. Begitulah adat dunia.

Kini semakan online PLKN 2014 boleh dibuat di laman web JLKN. [klik pautan]

 

jlkn

 

Mudah saja. Hanya masukkan nombor kad pengenalan calon. Dan semak sahaja samada namanya tercalon atau tidak.

 

plkn

 

 

Sekarang, semuanya di hujung jari saja. Taip-taip, dapat jawapan.

Google-google, dapat solusi. Mudahnyaaa…

Antara yang terpilih menyertai PLKN 2014 ini ialah anak saudara sendiri. Teruja sekali nampaknya dia. Ya, saya ada anak saudara yang sudah besar :) Kalau berjaya dapat, insyaAllah bertempat di Kuala Kubu kata emaknya. Dia biasa masuk kadet polis, lasak-lasak ni jadi dah tentu minat dengan aktiviti² seumpanya yang disediakan dalam PLKN.

Ada baik buruknya PLKN ni. Apa-apa pun, semoga semua calon yang terpilih dapat menimba ilmu sebaik mungkin dan jagalah diri sebaiknya.

 

10 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *