Selamat menjalani UPSR 2015

Salam wbt.,

Dedikasi khas buat anak sulungku, Nurul Hafizah a.k.a. Kakak dan rakan-rakan seperjuangan semuanya.

Selamat menjalani UPSR 2015 pada hari ini, Selasa 8 September 2015.

Hadapilah peperiksaan ini dengan penuh ketenangan dan keyakinan tinggi.

Sudah berusaha, berdoa, kini bertawakkal. Cuba yang terbaik.

Percubaan UPSR yang lalu Kakak agak terkejut dapat keputusan 3A 2B.

Jangkaannya keputusan tidak sebaik itu untuk level dia.

Alhamdulillah. Tahniah.

Buat yang terbaik, moga-moga beroleh 5A UPSR kali ini.

Tahun terakhir katanya kan….

Bagi kami parents Kakak, kami cuba untuk tidak memaksa Kakak belajar tanpa rela.

Nasihat sememangnya diberi dari semasa ke semasa.

Cuma kalau boleh kami tidak mahu memberi tekanan yang tinggi.

Biarlah dia berusaha dan ada kesedaran sendiri untuk berjaya.

Kakak pun hanya hadiri kelas tambahan anjuran sekolahnya sahaja.

Tiada kelas tambahan selain itu. Cukup dah rasanya.

Arwah atok Kakak pun sudah 3 minggu meninggalkan kami.

Alhamdulillah kami move on dan tidak terlalu melayan rasa sedih walaupun jauh di lubuk hati, pedihnya masih terasa.

Saya sendiri tak pernah merasa ada datuk sendiri. Dua-dua belah atuk hanya kenal melalui gambar dan cerita.

Merasalah ada datuk sebelah suami… Yang kini masih lagi sihat…

Ok Kakak & friends, SELAMAT MAJU JAYA !

InsyaAllah kita pergi short holiday selepas tamat ‘berperang’ nanti ya ;)

Alang-alang tu, nak sharelah Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015.

jadual peperiksaan UPSR tahun 2015 hari pertama

jadual peperiksaan UPSR tahun 2015 hari kedua

jadual peperiksaan UPSR tahun 2015 hari ketiga

Klik untuk download jadual waktu peperiksaan UPSR 2015.

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *