Selamat hari tua

 

Salam mahabbah wa mawaddah ~ pehhh speaking Arab di pagi hari :p

 

Selamat hari lahir = Selamat hari tua . Setuju ?

Setuju la untuk mereka² yang sedang meningkat usia macam daku ini kan …

 

Yer , semalam ialah hari tua lahir saya . Sweet 17 tapi kena tambah 10 lagi . Hahaha ~ Mananya tak tua kan … tapi jiwa ni terasa masih remaja lagi gitu . Nak termuntah je dengor nye kan … Well , 3 tahun je lagi nak menjejak 3-series …

 

Sambutan ? Mana ada apa pun … biasa² saja macam hari² biasa yang lain …. Anak-anak pula semuanya tak sihat belaka . Sedih rasa hati ni…. demam silih berganti,berulang-ulang pun ada , batuk,selesema….  cuma , ucapan²/birthday wishes di wall FB yang sedikit menceriakan hari tua lahirku .. itu sajalah … THANX yer family , sedara mara dan kengkawan yang sudi wish kat saya semalam . :) Oleh kerana takde keje lain dan takde gambo lain nak diletak , maka silalah layan printscreen dari wall FB hamba ;

 

 

 

 

Haaa … yang atas sekali tu , adik ipor saya yang sedang berada di Jepun .

Di tengah tu , kawan lama saya semasa di sekolah rendah ;) dan di bawah sekali blogger Kak Nadiah yg sedang berada di US ;) .

 

 

 

 

 

Yang ni pulak ….. atas sekali tu salah seorang customer online shop saya yang sekarang ni lebih aktif di FB jer , blog sudah lama terbengkalai :p . Kak Uteh tu baru je beli sehelai jubah dari saya semalam . Thanx kak … ;)

 

Yang di tengah tu pula pangkat pakcik sebelah suami saya , walopun umonya baru doploh tahun … dapat kek dan lagu besday you ;)

 

Yang bawah sekali mesti korang kenal kan … blogger Kak NzA yang dah macam kakak angkatku di dunia maya ni … ;)

 

 

Ok pic printscreen last ;

 

 

Yang atas sekali tu sempoi betul … sampai 3 kali wish dier buat taw … terharu i ;) Dialah blogger Ieyla yang agak kamceng dengan saya sekarang walaupun baru berkenalan … ada chemistry gamaknye ;)

 

Dan yang di bawah tu dari kedai spek mata blogger Kak Pija kita yang sedang berpantang hari ke-8 . Tahniah kak … :) Saya saja yang sedang menunggu ‘bom jangka’ ni nak ‘meletup’ bila² masa … heeee ~

 

Sebenarnya banyak lagi gambar wall FB  yang perlu diprintscreen tapi cukuplah setakat itu . Karang kome kata saya ni gedik pulok macam le saya sorang je dalam dunia ni dapat birthday wish . Hohohoho …

 

InsyaAllah dalam masa terdekat ni saya akan umumkan pemenang ‘pembebel terunggul’ di blog ni untuk bulan Julai & Ogos 2011 . Bulan September punya akan dicombine dengan bulan Oktober nanti .

 

26 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *