Selamat Hari Guru | Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

 

 


Salam kembali pembaca-pembaca Ummi Hanie [dot] Com ,

 

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua yang bergelar GURU @ CIKGU . Zaman saya sekolah dulu , kami panggil Muallim (cikgu lelaki) dan Muallimah (cikgu perempuan) . Sekolah agama pendek ceritanya . Since saya darjah satu lah tak pernah panggil cikgu sampai le habis sekolah menengah . ;)

 

Walauapapun panggilannya , maksud tetap sama . Insan yang mendidik kita di sekolah … itulah GURU . Bak kata peribahasa yang begitu sinonim sekali dengan mereka ini ; “Guru bagaikan lilin yang membakar diri untuk menyinari kehidupan orang lain “ . Mulia kan tugas guru ni ? Janganlah dipandang rendah yer ….

 

Motto Hari Guru tahun ini ; “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara “ . Setiap tahun , motto pasti berubah . Apa yang penting , tugas sebagai seorang guru tetap dipikul dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab .

 

Well , bila hari guru ni mestilah tekenang kembali zaman-zaman persekolahan , zaman hingusan dahulukala . Zaman ada sedikit kenakalan :p . Yup , saya ni memang ada nakalnya sikit tapi taklah extreme . Setakat menyakat kengkawan gitu je lah … tapi pernah jugak sesekali tu menyakat cikgu-cikgu tau ! Ada satu petang tu , saya dan kengkawan plan nak menyakat 2 orang cikgu . Berani betul kami . Pengetua pulak salah seorang tu ! Muehehehhee ~ Nak tahu apa kami buat ? Kami campak sumthing (tak ingat apa) kat depa yang tengah duduk bersembang santai di ofis sambil teriak ; “Ular ! “ Woh , terkejut juge depa !

 

 

Apa lagi ….. gelak sakanlah kami …. Erm , jangan salah paham kata kami kuang ajaq pulak yer . Pengetua dan cikgu-cikgu semuanya sporting dengan kami student-student ni . Macam kawan . Tapi kalau waktu serius tu,seriuslah . Janganlah try nak buat lawak bodo pulak . Kecut perut juga kami dibuatnya .

 

Sebenarnya terlalu banyak kenangan mengusik jiwa ketika zaman persekolahan . Sesekala rindu juga nak balik ke zaman tu tapi bila teringatkan tensyen nak exam berbelas-belas paper , tak maulah :p . Iyer , saya ambik Akademik + Thanawi . Akademik untuk SPM saja dah berapa subjek ? Thanawi pula lagi berapa subjek ? Tu yang jadi berbelas-belas tuh … tapi saya dan member-member yang amik Sains Tulen (6 orang jer masa tu ! First batch ~)  so kami diringankan sikit untuk subjek-subjek Thanawi ni . Terpulang kat kami samada nak ambik exam atau tidak . Seingat saya , saya ambik jugak rasanya . Dapat lah pangkat “Jaiyid Jiddan” . Alhamdulillah … jadilah … walaupun tak dapat “Mumtazah” . Struggle weh nak blajo banyak-banyak subjek nih . Saya ni bukannye otak genius sangat nak dapat straight A SPM . Dahler first batch amik Sains Tulen . Banyak kekurangan dari segi makmal masa tu . Hukhukhuk ~ :(

 

Last but not least , jasa kalian guru-guru tidakku lupakan … kalian sebahagian dari sejarah hidupku :) .

 

p.s : Cikgu cikgi mesti dapat baaaanyak hadiah dari anak2 murid kan ? bestnyerr …. :) kalau rasa tak larat nak simpan tu , hulur2 le ke Hanie yek ! Wekkk … tak malunyer :p

 

 


ephyra ummihanie.com harga kasih sayang

Incoming search terms:

Comments

  1. says

    Assalamualaikum Yong Ummi Hanie…
    ate tak dikabo sekolah kat mane dulu Yong….
    bunyi macam sekolah agame je ni…
    tapi kat mane??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *