Selamat datang Ramadhan

by Ummi Hanie on July 20, 2012

in Umum

Marhaban Ya Ramadhan…

 

ramadhan kareem

Esok kita akan mula berpuasa. Hari ini ada beberapa buah negara yang sudah pun mula berpuasa, antaranya negara jiran kita sendiri. Selamat datang Ramadhan, moga membawa 1000 keberkatan dalam kehidupan kita. Inilah masanya untuk kita cas bateri keimanan kita.

Sempena Ramadhan yang bakal menjelma beberapa jam saja lagi ini, saya ingin memohon AMPUN dan MAAF di atas segala kesilapan. MArilah kita sama-sama berlumba² menggondol pahala sebanyak mungkin di bulan yang mulia ini. Bulan yang lebih baik dari 1000 bulan.

ucapan ramadhan

Untuk rujukan tentang soal jawab berkaitan puasa, qadha,  fidyah dan seumpamanya sila rujuk di sini;

 

 

Emak ajak kami anak-beranak berhujung minggu di rumahnya, sahur sama² esok pagi insyaAllah. Askar dah ramai ni macam² benda nak dipack walaupun jarak rumah kami taklah jauh mana, tapi barang keperluan semuanya nak dibawa. Cik abang pulak tak ada, jadi hampir semuanya di atas bahu saya… tak mengapalah, berkorban sedikit ;)

 

Selamat berpuasa dan bersolat Tarawikh malam ini ! ^ – ^

 

Incoming search terms:

{ 14 comments… read them below or add one }