Bila sekeluarga tidak sihat ….

 

Salam ceria semua .

 

Anak-anak sememangnya penyeri kehidupan rumahtangga sepasang suami isteri . Anak² gembira , ibubapa pun sama² bahagia . Tapi kalau anak² jatuh sakit dan ditimpa kesusahan , ibubapa pun turut sama merasakannya .

 

Sajelah … nak meluah-luah sikit di dada blog ciputku ini … Sejak sebelum bercuti di Sarawak lagi salah seorang anakku dah demam. Kecian my darling Zaid … tapi alhamdulillah sehari sebelum nak berangkat tu , demamnya dah clear . Syukurrr alhamdulillah.Legaaa kami laki bini sebab kalau masih demam lagi,problem juga nak berangkut-angkut kat airport tu.Dia bukannya nak duduk dalam stroller pun.Dalam flight pun kejap nak duduk kat saya , kejap nak kat abah nya . Haih anak .. anak …

 

 

RM10k tunai untuk anda ! Tamau ke ?

 

Semasa di sarawak pula , hari kedua yang penuh adventure tu , Kakak pula ditimpa demam. Mula-mula heran juga saya awat laa budak ni asik letih je manjang.Patutnye budak-budak ni pe’el nya aktif,cergas kan . Masa trekking pagi di Wildlife Centre tu alhamdulillah boleh tahan lagi.Lepas tu terus dia flat bila masuk dalam kereta.Baring aje dan tertido.Kesiann … balik tempat penginapan tu teruslah kami suapkan ubat demam sedas . Alhamdulillah daku tak lupa bawak ubat demam sebagai bekalan walaupun berjalan jauh.Penting tu bila ada anak² kecik. Nak cari di farmasi tu memanglah boleh tapi menuntut masa dan tenaga lagi.So,bawaklah siap-siap … ;)

 

 

Alhamdulillah , perjalanan balik naik flight keesokan harinya semua sihat saja . Cuma selsema sedikitlah si Kakak nyer … Minggu lepas,memang mencabar sedikit bagi kami suami isteri . Boleh kata semua anak-anak tumbang dek kerana demam. Dicampur pula dengan batuk dan selsema nya … Kakak , abang Kasyah , Munirah , Zaid semua sekali harung tapi dalam demam² tu mereka masih lagi boleh berjalan ke sana ke mari sedikit . Tidaklah terbaring jer memanjang …  Sempatlah juga kami memenuhi undangan open house yang terakhir di bulan Syawal tempoh hari .

 

 

terbaring ....

 

Tengok tu . Semuanya terbaring layu saje … Sedey ati ni menengoknya . Sunyi pula tak kedengaran suara riuh-rendah gelak ketawa dan gaduh² mereka . Hah baru kao tau sunyi  … :p Zaid tu baru je bangun dari tido , tu yang dia duduk . Tapi bila nak masuk waktu tido (malam) jer , demam dia akan datang balik . Orang kata demam kura yek … entahah,wallahua’lam … But now alhamdulillah dah clear pun episod demam nyer .

 

Dan inilah salah satu penyebab blog ni menyepi hampir seminggu . Ditambah pula dengan ‘kepatahan kaki’ semasa balik ke kampung halaman minggu sudah . Tak apalah , dapat ku berehat sebentar dari kesibukan blogging . Hari nak balik ke kampung dan nak pulang semula ke ‘sarang’ , saya demam . Mujurlah sekejap-sekejap saja … Memang ujian betullah kali ni sampai satu family ditimpa ujian kesihatan . Tidak ketinggalan juga encik hasben yang turut demam beberapa hari sudah .

 

Mak saya kata , cuaca yang tak menentu ditambah pulak dengan jerebu ni memang sedikit sebanyak affect kesihatan kita. Saya mengiyakan saja . Memang ramai kenalan/jiran ditimpa ujian yang lebih kurang sama saja . Demam berjemaah .

 

Minggu ni , ‘langit kembali cerah’ seperti sediakala nampaknya . Anak-anak pun dah beransur-ansur sihat , begitu juga saya dan suami.Cuma mood saya ni saja masih tak stabil . Mungkin kerana perubahan fasa kehamilan … apa-apa sikit dah nak rasa stress. Haih … cool Hanie , cool …fikirkan keadaan orang lain yang lebih susah . Syukurlah seadanya .

 

 

Anda pengguna Samsung Galaxy 2 ?

 

Incoming search terms:

8 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *