Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Segmen – Saya Mahu Ditegur

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Segmen – Saya Mahu Ditegur

Masuk ini, kali kedua saya (bakal) ditegur oleh blogger Eyriqazz aka GTO. Kali pertama ketika segmen saya mahu ditegur tahun 2011 dahulu. Kali ini, menyerah diri lagi untuk ditegur. Ekceli, sama-sama saling menegur ya ~ Nice and good idea.

Tujuan saya join segmen ini tak lain tak bukan ialah untuk menambahbaik mutu blog. Jangan hanya syok sendiri kalau kita ambil kisah apa orang kritik di kemudian hari. Kritikan membina itu perlu jika kena pada tempatnya. Blog ini mungkin ideal pada pandangan mata saya, tapi tidak pada pandangan mata orang lain. Ada orang suka blog yang simple, ada yang suka blog design kiut-miut. Terpulang. Tapi, yang penting bagi saya ialah aspek KEKEMASAN. Blog saya kemas tak? Nanti komenlah ye… Aspek kandungan entri juga memainkan peranan jika mahu blog maju lebih jauh. Jangan malas baca blog orang lain (jika punya masa terluang), dan kaji kualiti apa yang ada dalam blog mereka.

Jadi… dialu-alukanlah kalian bloggers untuk menegur apa² yang terkurang di blog saya ni. Nak memuji pun tak apa, saya kembangkan hidung saja. Muahaha~

Antara aspek² teguran yang saya boleh bagi hint sikit;

  • Template/layout blog,
  • Penulisan entri,
  • Header cun ke tak cun,
  • Pertanyaan yang tak sensitif sangat. Contohnya; best ke jadi blogger? best ke jadi surirumah? boleh buat duit ke dgn blog? 

So, kalau nak join sama ditegur-tegur, moh terjah Segmen – Saya mahu ditegur. Saya akan terjah dan tegur blog² yang pemiliknya dah datang menegur di sini. Win-win kan….

# Amaran keras: orang kuat merajuk dilarang join. Haha… gurau jer ~

Incoming search terms:

 

23 Responses

  1. ciklaili.com says:

    blog ummihanie ni dah best dah :)

  2. Naimah Wahab says:

    Salam Ummi Hanie,
    Blog simple dan santai. Senang nak baca :)

  3. Bahrain says:

    takde benda nak tegur kat sini cumanya agak banyak iklan.

    Overall, blog ni simple dan kemas.
    ALL THE BEST!

  4. Zuan says:

    wow! blog ni ramai follower :D

    hmm den cuma rasa sidebar sikit serabut.. lain2 ok :)

  5. titan says:

    dah cantik dah sebenarnya.

    Cuma tak ada salji. Sila letak. Haha..

  6. zie fauzi says:

    sampai bila ye segmen ni…nak join jgk tp nk buat entry asyik tertangguh huhuhu….syok x pakai theme ni??

  7. akubiomed says:

    Blog ini sudah banyak kali bersalin kulit dan sekarang ini bersama Innity lagilah hebat.

  8. eyriqazz says:

    Teguran saya :

    1) Header blog blom cukup menarik
    2) Template blog makin kemas
    3) Lebihkan gambar dalam entri
    4) Bisnes Online Di Rumah..Maybe boleh serlahkan dia di header or sidebar

    • Ummi Hanie says:

      terima kasih Eyriqazz…

      1) Header blog sudah gantung banner lama semula. menarik tak? ;)
      2) tempalte thesis mmg memuaskan hati
      3) akan diusahakan lebihkan gambar dlm entri
      4) samada bikin header baru, atau di sidebar tu serlah mcmmana ya? sebelum ni ada juga letak iklan berkaitan biz sy, tp nampak mcm semak je

  9. devi says:

    blognya bagus,,,inspiratif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *