Sedikit renungan tatkala diri alpa

by Ummi Hanie on January 28, 2010

in Renungan

Bismillahirrahmanirrahim …

Alhamdulillah , kita masih diberi nikmat bernafas dan menghirup oksigen tanpa perlu membayar walau SESEN pun . Bayangkan kalau kita perlu bayar untuk oksigen itu , berapakah panjang bil yang akan kita terima ? Sedikit renungan buat kita semua TERUTAMA untuk diri ini yang sering alpa … :(

This time saya just nak share beberapa “Kata2 Hikmah” yang agak menarik minat saya , dan mungkin anda juga . Here we go .
  • Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
  • Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.
  • Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
  • Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang.
  • Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau – Saidina Umar Al-Khattab.
  • Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.
  • Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
  • Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji. (La Roche) .

{ 7 comments… read them below or add one }

nza January 28, 2010 at 11:55 PM

>Alhamdulillah kiranya kita bisa trsenyum sewaktu mengadap yg maha Esa…..

Reply

Dayah January 29, 2010 at 12:10 AM

>HAnie..trima aksih membuatkan pagi2 kdayah rasa terisi..hari ni cuti..sbb tu pagi2 dah online..

Reply

Mama_Aqish January 29, 2010 at 12:35 AM

>betul tu…kiter harus bersyukur dengan ape yang telah dikurniakan oleh Allah…jangan leka & lalai dengan segala kenikmatan yang diberi…sentiasa insafkan diri…TQ sebab sentiasa mengingatkan sesama insan

Reply

mummyseri January 29, 2010 at 1:37 AM

>Salam hanie..tq kongsi kata2 hikmah untuk renungan bersama..smoga kite selalu berada dlm rahmatnbya dan meneruskan kehidupan sebagai hambanya yng sentiasa bersyukur..

Reply

? Ummi Hanie ? January 31, 2010 at 4:16 PM

>nza : amin amin amin .. husnul khotimah :)dayah : sama2 kak…auto publish ni..Hanie pagi2 sabtu n ahad kat kampung… :)mamaAqish : sama .. tugas kita mmg utk saling mengingati … :)mummyseri : sama2 … amin … sharing is caring

Reply

Ieda the Rainbow Princess January 31, 2010 at 7:23 PM

>Semoga kita sentiasa m'syukuri atas segalanikmat yg Allah kurniakan & tdk tergolong dalamgolongan yg kufur nikmat..

Reply

? Ummi Hanie ? February 1, 2010 at 7:52 AM

>sis ieda : amin …

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: