Sedih: Abah positif Kanser

cancer jpeg image

Salam wbt.,

Berita sedih ini bukan baru dapat tahu sehari dua.. tapi sudah beberapa minggu.

Tapi, saya tak berapa kuat nak menulis, meluah di sini.

Walaupun pahit, saya gagahkan diri untuk bercerita sedikit sebanyak perkembangan Abah tersayang…

Hasil keputusan yang dikeluarkan oleh TMC (Taiping Medical Center), abah didiagnosis positif kanser.

KANSER TIROID.

Tahap berapa tidak diberitahu.

…. dan PNEUMONIA (paru-paru berair).

Selepas discaj dari TMC, abah berehat di rumah beberapa hari sebelum mengadu sakit dada, lalu dimasukkan ke wad Hospital Parit Buntar. Syukur hospital sangat dekat dengan rumah Abah.

cancer jpeg image

Seminggu Abah di wad HPB. Lemah.

Sayu hati tengok perkembangan Abah yang makin uzur.

Boleh dikatakan sepanjang masa Abah terbaring, menelentang.

Sesekala saja bangun duduk melepaskan lelah & membuang kahak.

Duduk tak boleh lama, sakit kepala katanya.

Kita sendiri boleh bayang apa rasanya terbaring lama, doing nothing, kan? Sambil menahan sakit :(

thyroid cancer image

gambaran imej kelenjar tiroid yang membesar

Ada satu hari tu, sepanjang hari saya asyik menangis dengan hanya terkenangkan Abah terlantar di wad.

Abah dah susah nak makan walaupun bubur. Sakit tekaknya nak menelan dek kanser tiroid yang semakin membesar dan menyempitkan salur pernafasan/tekak. Sayu tau. Kesian sangat.

Masuk hari keempat di wad HPB, doktor memutuskan untuk memasukkan tiub makanan melalui hidung Abah. Jadi, sekarang Abah hanya menerima makanan melalui tiub. Boleh suapkan air zamzam sikit-sikit di mulut…

Wad Paliatif Hospital Taiping

Hari ke-8, Abah dibawa dengan ambulans menuju ke Hospital Taiping.

Berjam-jam juga menunggu sebelum dimasukkan ke wad paliatif.

Wad paliatif memang wad untuk pesakit kanser yang hampir tiada rawatan, hanya penjagaan rapi dan memberi sedikit keselesaan pada pesakit².

Korang faham tak maksudnya?

Saya tak sampai hati nak tulis di sini. Rasa macam sukar nak terima kenyataan.

Kanser memang sangat cepat berkembang.

Hari ketiga di Hosp. Taiping, hati saya makin meruntun sedih.

Abah dah dipakaikan lampin pakai buang.

Tiub oksigen juga sudah dipakaikan beserta alat pengesan nadi. *saya tak tahu apa nama betulnya

Tiap-tiap kali terkenangkan Abah, saya menangis.

Jika tiada anak-anak kecil, mungkin saya gagah juga nak temankan Abah di hospital…

Emak saya pun dah tak sihat sangat, terikat pula dengan rawatan dialisisnya 3x seminggu.

Abang saya pula bekerja syif kilang. Jadi kami hanya dapat menjenguk setiap hari…

Rawatan untuk Abah

Agak sukar nak terima kata-kata doktor pakar – tiada rawatan untuk Abah.

TIADA ?

:(

 

i) Pembedahan – tak bernasib kerana kanser tiroid abah sangat hampir dengan urat besar

ii) Kimoterapi – tak sesuai untuk umurnya yang sudah lanjut (77 thn)

iii) Radioterapi – juga tak sesuai kerana ianya panas seperti kimoterapi walaupun dari luar badan

 

Jadi, hanya rawatan antibiotik untuk PNEUMONIA dan OKSIGEN untuk membantu pernafasan.

Selain tu, saya tak pasti.

 

Oleh kerana itu, saya berusaha buat kajian sedikit utk rawatan kanser.

Pernah terbaca tentang daun belalai gajah @ Sabah Snake Grass yang dikatakan mujarab untuk merawat kanser.

Why not mencuba, kan?

Selain itu, saya ada jumpa alternatif lebih mudah iaitu, Teh Belalai Gajah.

 

Adakalanya saya spraykan dada dan leher Abah dengan Sutra MPS Lavender yang berfungsi untuk melegakan kahak. Saya cuba berikhtiar untuk Abah tersayang…

 

Sahabat-sahabat, doakan untuk Abah saya…

 

13 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *