Sedapnya manisan dari Palestin
Salam bahagia,
Entry ini sebagai menjawab kepada persoalan² pembaca/pengomen yang timbul untuk entry “Wordless Wednesday: Manisan dari Palestine”.
Terima kasih atas respons kalian. Terbaik ;) Ada yang kata macam Pizza. Ada yang kata macam kuih tart nenas. Yang nak meleleh air liur pun ada! hehehe :p

macam biasa… model blog ni cik Onie ;)
Okeh. Komen saya tentang manisan ni…
Manis yang boleh tahan lagi untuk lidah orang Melayu kot. Untuk seorang yang sweet tooth macam saya ni, boleh masuklah senang kata. Tak over sangat manisnya. Sebab ada sesetengah manisan tu, ya Allah manisnya sampai boleh terkena kencing manis kalau pekena 2-3 bijik baqhang.
Ada 2 jenis manisan dalam talam tu. Dua²nya dibentukkan macam kuih tat nenas gulung.
Satu tu dah macam kuih cakar ayam jer aku tengoknye. Dalamnya ada kacang gajus. Sedap dan rangup. Tak masuk angin. Serius memang sedap.
Satu lagi rasa susu sikit. Bagi saya, ni lagi sedap.
Hasil carian Google Images, terjumpa gambaq ni;
Yang saya bulatkan tu seakan-akan manisan yang saya makan. Bezanya isi kacang dalam tu lain sikit.
Kalau korang nak tahu, bagi orang berketurunan Arab, manisan ni diberi sempena meraikan sesuatu contohnya Hari raya atau meraikan tetamu. Macam kes kami, student di bawah kelolaan encik hubby yang bagi sempena meraikan tamat belajar.
Nak tengok lebih banyak jenis² manisan Palestin ni, boleh tengok sini [klik].
Yang dalam gambar atas ni, sebijik macam yang kami dapat.
Nampak tu? Rakyat Palestin meraikan kematian mantan presiden Israel, Ariel Sharon dengan mengagih²kan manisan tu.
Kami juga pernah memenuhi jemputan seorang sahabat Palestin suatu masa dahulu. Alhamdulillah, berbilang bangsa jalinan persahabatan ni.
Incoming search terms:
- resepi manisan arab (64)
- manisan arab (33)
Sedapnye kak :) Hehehe…. Susah nak dapat anyway manisan nie kat sini… Bukan susah kot tapi mungkin tak dapat….
mungkin kena cari di kedai yg jual makanan arab kot Izzuddin.
akk tak pernah cari.
bakkkkkkkk sikitttttttt…
bak buku merah jambu dulu. haha~
Rasanya kalau makan manisan ni dengan kopi O tentu sedap sangat kan?
ye Shubhi. itu mmg style org arab. makan dgn kopi pahit2 gitu. tapi kita tak lalu minum yg pahit sgt tu.. lite2 pahit buleh le.. ;)
Untung dapat merasa.
iyelah, syukur… takyah beli kecuali teringin lagi
banyak makan manisan ni kena banyak minum air kosong ni.. kasi neutral balik ;)
ye betul tu… kang kena diabetes baru nyesal :p
Wow! Macam sedap je.hihi.tapi saya bukan sweettooth.mesti taleh masuk punya.
owh bukan sweet ttoth ye… coklat makan tak? ;)
Kita sebenarnya suka manisan dia orang. Tapi kena makan sikit-sikit coz too sweet..
owh raudzah suka yer… senang le kalau pergi tempat mereka ;)
semanis kurma.
saya suka rancangan itu :)