Sedap sangat ke makan sushi ?

 

Salam sejahtera , Assalamualaikum .

Sehat ? Dah makan ?

Haaa … cakap pasal makan ni , sebenornye ada kaitan le juge … Kali ni nak gebang pasal SUSHI . Rasanya semua orang dah tahu negara asal makanan ni , betul tak ? Yeah , of coz lahhh dari negara Jepun . Konnichiwa ! :p

 

 

Ini pek kombo sushi yang saya beli di Carrefourre . Sedap wooo … RM9.90 je dapat rasa macam2 jenis ;) Siap bubuh hiasan ala2 rumput-rampai lagi …. :)

 

 

Ok …. close-up sikittt …. nampak mengancam tak wahai peminat-peminat sushi di luar sana ? Kalau yang tak minat tu , tak dapek le den nak nolonggg … :p

 

Sushi ni …. Kakak sulung saya yang ajar makan . Masa tu kami jenjalan di JUSCO . Ini kisah lama ok , kisah zaman remaja dara pingitan lagi :p . Memang kalau kakak saya balik ke Ipoh (dia keroje di KL masa tu) dia akan bawak saya selaku adik bongsunya ni jalan2 shopping2 di JUSCO . Our fevret place ;) . Masa tu lah saya bertemu jodoh dengan sang Sushi ;) .

 

Mula-mula tu memanglah takut-takut nak makan sebab tak biasa kan … tambah pulak ade seaweed (rumpai laut) yang balut keliling sushi tu . Ish , macam geli lak nak makan menatang tu . Tapi, kakak saya pujuk jugak saya cuba makan . So saya pun try laaa yang sushi berintikan ikan tuna kalau tak silap saya . Sampai sekarang itulah sushi yang paling saya gemor .

 

Sushi ni teksturnya , rasanya seakan-akan pulut jer . Tapi bagi saya , sedap sikitlah dari pulut kot . Orang-orang Jepun ni suka makan nasi yang macam pulut juga . Tak silap saya , Onigiri namanya . Nasi kepal macam pulut . Dapatlah sikit info ni sebab adik ipor saya dan familynyer stay kat Jepun … ;) Kalau kita, hari-hari makan nasi pulut memang tak lalu lah kan … tekak lain orang Melayu ni .

 

Jangan salah anggap pada saya pulak yea … Kang dok kata saya ni makan benda mentah plak . Idokkkk ~ seumur hidup saya , tak pernah makan sushi dengan ikan @ sotong mentah tu . Tak lalu teman weihhh … saya cuma makan sushi dengan ikan tuna (macam dalam tin tu … untuk sapu atas roti tu kan…) dan sushi crab stick . Itu saja .

 

Jom baca takrifan Wikipedia tentang SUSHI ;

 

Sushi (? atau ? ataupun ??) ialah makanan tradisional yang paling popular di Jepun, dan kini turut digemari di seluruh dunia. Ia diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayuran atau telur. Inti tersebut boleh mentah, dimasak atau diperam. Asal-usul sushi tidak diketahui, tetapi teknik peraman ikan bersama nasi dipercayai berasal di Asia Tenggara pada abad ke-5 sebelum masihi. Dua aksara Cina untuk perkataan ‘sushi’, bererti ‘ikan terperam’ pertama digunakan di Jepun pada abad ke-8. Yohei Hanaya yang membuka gerai sushi di bandar Edo pada tahun 1800-an dikenali sebagai pencipta sushi gulungan tangan, atau nigiri sushi. Nigiri sushi kemudiannya menjadi lebih popular semasa zaman Perang Dunia Kedua.

 

Sushi ni ada pelbagai jenis dan nama yang tidaklah saya tahu sampailah saya buat research sikit macam ni ;

  • – Nigiri-sushi
  • – Temaki-sushi
  • – Maki-sushi
  • – Oshi-sushi
  • – Chirashi-sushi
  • – Temari-sushi
  •  

    Dan untuk pengetahuan u all , SUSHI ni ada sos nya yang tersendiri . Lebih kepada pencicah laa … Namanya WASABI . Tapi saya tak mampu nak makan sushi cicah benda tu sebab ….. ianya terlalu PEDAS !!! Sikit saje cicah dah berasap telinga deh ! Tak mau le teman … tak pasal-pasal cirit-birit pulok karang …. muahahahaha ~

     

     

    Inilah dia sejenis sushi yang saya tak makan ! Nampak sangat mentahnya tu kan ? Ishh tak lalu tekak :p

     

     

    Lihatlah …. macam-macam jenis sushi ….. :)

     

     

    Ini pula Sushi Bulu B*B* ! Haiyohhh …. haram la makan ni kan ?? Tapi TIDAK sebenarnya … kenapa saya kata tidak ? Silalah klik IMEJ untuk baca lebih lanjut …. Huhh bikin gempak aje tau . Saya dah kecut perut membacanya  ‘^-^ .

     

    Ok gambor sushi yang last yerrr ….

     

    Yang ni saya gelarkan Sushi Comel . Pandai2 jer gelar-gelar sendirikkk … :p Sebenarnya inilah Maki-Sushi . Maksudnya Sushi Roll (Sushi gulung) . Kredit untuk blog ini .

     

    Untuk pengetahuan u all , bahagian yang paling sedap pada sushi (bagi pendapat sayalah)  ialah seaweed nyer . Rumpai laut yang saya dok geli-geli nak makan masa mula-mula diintroduce tuu … :p

     

    Sekian , terima kasih .

    Eh jap , nak suruh kome teka gambor makanan ni pulak ;

     

    cer teka ... cer teka ~

     

    Dan cer teka apa benda ‘hitam-hitam’ tuuu …. Jawapannya akan diberi kemudian lah … Ok klu sikittt ….. Kuih ni agak popular di pekan Parit Buntar . Tempat lain saya tak pasti laaa tapi sejak dah try kali pertama , terus addcited ! Rasanya begitu lemak sekali menawan kalbu :) . Warnanya pula KUNING KEEMASAN . Selamat meneka !

    Incoming search terms:

    12 comments

    • odah dah lame tingin nk mkn sushi.dr mngidam peknen adam.tp hubby xbg.sbb was2 halal ke idok…:(
      tingin nk rasa…

      • ala ciannye ngidam …
        meleleh tak air liur Adam ;p
        org tua2 la kata…kalau kite ngidam , nnti air liur ank dlm perut tu meleleh2 … entahlah..mcm2 :)

        oo..hasben was2 ek..takleh wat ape la mcm tu…tp Hanie rasa bahan2 dia halal je..belum dgr lg sushi ni tak halal

    • adeh, cam meanrik la plak
      tp tak pernah lg beli atau makan sushi ni
      jakun jugak rupanya sy ni,haha

      orite sis, dah ready utk blog review
      tunggu baca je nih
      masih aktif blogging sementara lapang, first week lecture

      • haha … tak pernah makan rupenye yer …

        cubelah bile2 nnti … kat JUSCO selalu nye ada ;)

        ok …review blog Pena dah siap , tunggu publish aje…scheduled entry utk hari Khamis ;) jeng3x …

    • suka gak sushi ni,tapi bila terkena sekali beli, dia punya isi tu hanyir…mungkin dah lama kot, takut pula nak beli lagi….kueh apa t u ye….x dpt teka lah….
      ctN honey ada entri terbaru… jom baca Koleksi Cross-stitch yang antikMy Profile

    • akk tau … tp itu sushi yg ikan mentah … of coz le ada ulat belum mati kan sbb mentah

    • Assalamualaikum Yong Ummi Hanie…
      SUshi…errkkk….korewanan desuka….. tak suke…….
      D_08 ada entri terbaru… jom baca Bloglist Abg TerorMy Profile

    • alamak tetiba lapor pulak nampak sushi..aku suka sushi sebab seaweed dia yg sedap…termasuk yg guna ikan mentah. Sebenarnya ikan yg diguna tu tak hanyir. bukan macam ikan biasa. rasa dia fresh dan lagi sedap jika dicicah kicap soya sushi tu. Wasabi pulak kalau nak makan dia kena letak nipis saja sbb dia bukan boleh di cecah mcm sambal biasa. Bila letak hujung2 wasabi kat sushi..wow rasa sushi tu makin best dan rasa menyengat wasabi akan diadun dengan rasa sushi. sebenarnya selain guna makan sushi, wasabi tu aku makan gak ngan benda lain sampai siap ada stok kat umah..hahaha..

      • oh ni dia peminat tegar sushi dah mari …

        wow terer ye mkn yg mentah dan wasabi :) salute ah
        ni mesti dah lama (brpengalaman) mkn sushi … btw,thanx 4 ur additional info hud … :)

    • Assalamualaikum Yong Hanie, kalau suka benda2 tawar, elok makan sushi.
      Kak Halima Mohkembara ada entri terbaru… jom baca Video Seks Tak Abih-abih!My Profile

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *