SBPA dimansuhkan dan penambahbaikan SSM

Salam Khamis yang hangattt…

Bertambah hangat walaupun hujan dari malam tadi, berhenti sekejap saja  apabila hari ini PM Dato’ Seri Najib mengumumkan yang SBPA dimansuhkan. Dalam pada itu, penambahbaikan SSM pula dilaksanakan.

sbpa

Memang kecoh satu Malaysia hari ini dengan berita pemansuhan SBPA. Tak sempat pun nak tengok siaran langsung. Saya selaku ‘orang rumah’ ni, taklah terasa langsung kesannya. Encik hasben yang seorang penjawat awam pun lebih kurang saja, tak terasa sangat sebab andaikata SBPA dikuatkuasakan, ianya tak memberi banyak sangat beza dalam gaji beliau. Tapi, kalau pensyarah² berpangkat JUSA ni, maybe ada kot yang frust sebab gaji mereka akan jadi sangat tinggi jika SBPA dikuatkuasakan.

Sedikit petikan dari artikel MalaysiaKini;

“Dengan keputusan ini, Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan,” katanya pada majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Berhubung pelarasan gaji pula, ia dibuat berdasarkan jadual gaji matriks SSM mengikut peratusan gred yang ditetapkan seperti berikut:

  • Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
  •  Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.
  •  Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.
  •  Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha.

Najib mengakui sepanjang tempoh tiga bulan SBPA diperkenalkan, kerajaan menerima hampir 1,000 aduan dan memorandum, termasuk cadangan daripada 23 persatuan berkaitan.

Baca lebih lanjut di sini: Skim SBPA dimansuh, pelarasan gaji 7 – 13 peratus.

Overall, alhamdulillah ada kenaikan untuk encik hasben! :)

Boleh muatturun ini; SISTEM e-PENYATA GAJI DAN LAPORAN

Pilihanraya pun akan berlangsung tak lama lagi… Sudahkah anda mendaftar? Saya dah daftar 2-3 tahun sudah tapi bila check balik di laman web berkaitan, tak timbul pula nama. So, kena daftar baliklah ye?

Jom baca: Ramalan Tarikh Pilihanraya Umum ke-13.

Incoming search terms:

22 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *