Saya mahu iPad PERCUMA dari blog MySuperkids

Ini adalah cubaan kedua selepas melakukan cubaan pertama . Nak tahu apa , silalah klik link itu .

Wohohohoho !! Siapa tak mau lepaskan peluang untuk menang iPad PERCUMA ?! Diulang , PERCUMA !! :) Dengan harga sebanyak RM1549 , rasanya dalam setahun jugak kot saya dapat habiskan bayar secara instalment . Weih , sape nak bagi engko bayar ansur2 tu hah ? ;p

Baca entri Kak Lyna tentang iPad ni pun dah buat air liur saya meleleh-leleh secara tidak zahirnya ;) . And u make me jealous ok ! Haha … ;p Iye , saya tak pernah langsung menggunakan sebarang teknologi keluaran Apple yang sememangnya canggih manggih itu tapi apa salahnya nak mencuba kan ?

Saya tak pernah pegang apatah lagi membelek-belek iPad penuh perasaan . Sekadar menjeling dari jauh saja ketika berkunjung ke hotel bersama-sama suami atas urusan kerja . Dalam hati ada taman terdetik-detik saje keinginan nak membelek-belek gajet canggih tu . Serius , iPhone dan iPod pun saya tak pernah pegang ! Tapi sekejap je ambik masa nak belajar jadi Apple geek ni kan ? Muehehehhe ;p Alang-alang miliki iPhone , baik terus sambar iPad . Dapat secara percuma lagilah heaven ! ;) Terbang di awang-awangan sebentar gamaknya .

Oh so cool ! Touch screen okeh

 

Petikan dari blog MySuperkids ;

Saya gunakan iPad untuk bina artikel berkualiti, susun idea dalam bentuk mind-map menggunakan iThoughtsHD, kerjakan .doc, .ppt & .xls dalam DocsToGo, telaah eBook & laporan format pdf menerusi iBooks, langgan majalah & jurnal antarabangsa dengan Kindle dan paling best boleh baca Quran dalam gelap dengan skrin 10? iPad ni.

 

Oh my oh my !! Saya seorang kaki e-book , banyak bebenor koleksi dalam lappy ni nak direvise semula dan dipraktikkan ilmu-ilmunya . Sangatlah mudah saya nak godek-godek balik tanpa perlu on lappy dan duduk menghadapnya . Dengan iPad , sambil baring-baring pun boleh ! ;)

Dengan iPad juga saya boleh blogging di mana-mana saja tanpa perlu mengusung lagi lappy kesayangan yang jauh lebih berat berbanding iPad , for sure . Asalkan ada WiFi , you are ready to surf the internet ! ;)

iPad - rekabentuknya seolah-olah klon versi besar bagi iPhone

Tatkala daku ketandusan idea nak memasak , ON saja iPad , terus boleh surf internet untuk cari resepi-resepi best !

Nak homeschooling anak-anak pun jadi lebih mudah untuk cari sumber pembelajaran . Ya,homeschooling dgn bergaya sekali . (sedang tanam azam utk HS ni …. especially for my second child tu ..)

Oh ya . Anak saya seramai 4 orang , range umur dari setahun setengah hingga 8 tahun . Bayangkan pelbagai ragam yang saya nak hadapi ? Oh tak mengapa , dengan iPad saya boleh tenangkan diri dengan memasang iTunes – dengar lagu/nasyid kegemaran , malah juga alunan Al-Quran yg sememangnya menenangkan ! Boleh juga saya mengukuhkan balik hafalan2 al-quran yg sedia ada sedikit dalam kepala ni .

Ok jom kita tengok apa lagi spesifikasi iPad ;

Ukuran:
– Panjang: 24,8 cm
– Lebar: 18,97 cm
– Tebal: 1,34 cm
– Berat: 0,68 kg (WiFi model) dan 0,73 kg (WiFi + 3G model)

Layar:
– 9,7 inci LED backlit glossy widescreen multitouch dengan teknologi IPS
– Resolusi 1024×768 pixel dengan 132 pixel per inci

– credit to RizkyThea

Mari membaca suratkhabar dengan bergaya .. ;)

Ringkasnya ;

iPad = Komputer + iPod = Multifunction , you simply cannot resist it ! ;)

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack” .


ephyra ummihanie.com harga kasih sayang

Comments

  1. ciksembang says

    nak cuba jugak ni hanie..gud luck jugak utk hanie..sy pun dah lama bebenor mengidam iphone ke ipad..belek dah byk kali

  2. gnesop.com says

    mmg best pakai ipad utk tenet dan hiburan.. utk kerja agak kuranng sket..
    Sop dan jual ipad.. huhuhu

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *