Sambut hari lahir yang hampir sama dengan anak

Salam Jumaat. Kebetulan saya lahir hari Jumaat, baru ada mood nak up entri hari lahir sendiri walaupun sepatutnya update pada bulan September.

Saya ada geng dengan seorang anak yang berkongsi bulan kelahiran yang sama. Beza 3 hari je pun. Oleh kerana dah sampai due date dan saya pun ada diabetes ketika hamil anak sulung tu, maka terpaksa dibersalinkan pada tarikh due itu juga. Ikutkan nak je tunggu 3 hari lagi sampai tarikh lahir saya. Heee ~

29th birthday

Sambut hari lahir yang hampir sama dengan anak

Hari lahir tahun ni macam sentimental sikit kot, sebab pengakhiran zaman 2-series. Tahun depan dah masuk BMW 3-series. Ahaha… dan tahun terakhir 2-series ni juga Allah beri saya rezeki bakal menimang cahaya mata ke-6, alhamdulillah. Setengah dozen dah you!

Anak sulung pula menginjak usia 10 tahun. Haih.. besar dah anak dara merangkap anak sulungku.

bday kakak

Encik hasben belikan sebuah kek coklat moist untuk kami. Kongsilah… makan sorang bukannya habis. Kek Zaid itu hari pun tak habis² lagi. Terima kasih laling ~ ^-^

Kakak (birthday girl) hadiahkan Ummi macam². Tapi biasalah, hadiah budak² kan… snek dengan lolipop pun dia hadiahkan… hehe… hadiah paling best tentulah kad buatan sendiri oleh kakak. Dia memang kreatif sikit melukis² ni. Minat dia ke arah situ nampaknya.

Kad hari lahir untuk Ummi sentuhan tangan Kakak

comel je kan… ada nobita, sizuka… pandai lak Kakak buat benda pop-up tu

luahan hati Kakak le tu yer… alololo… cair hati Ummi ^-^”

Terima kasih Kakak! Love you ~

Rajin² bantu ummi & abah yer… jadilah anak solehah. Aminn~

InsyaAllah, Ummi akan cuba jadi ibu yang terbaik untuk Kakak dan adik² walaupun Ummi ni garang sikit, tapi garang² sayang okeyy… nak bentuk anak² jadi “manusia” bukannya senang… dan Ummi mungkin terpilih untuk jadi suri di rumah membesarkan anak² depan mata Ummi.

Incoming search terms:

17 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *